Budak 15 Tahun hantar surat kepada DS Hishammudin tunjuk kekaguman Menangani Tragedi MH370


Surat Untuk Datuk Seri Hishammudin Dari Peminat Cilik Di Perancis

Siapa sangka Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kerap kali muncul di kaca televisyen dalam dan luar negara selepas menjadi tonggak hadapan dalam menangani krisis kehilangan pesawat MH370 mendapat perhatian umum.


Ada yang memberi pandangan positif dan tidak kurang juga yang mengkritik. Akan tetapi apa yang kami ingin kongsikan adalah surat daripada seorang peminat cilik dari negara Perancis buat Datuk Seri Hishamuddin yang begitu mengagumi semangat dan keterampilan beliau menangani isu MH370 dengan tenang dan dedikasi. Victor Lopez yang berusia 15 tahun merupakan seorang pelajar di Perancis telah meluahkan rasa kagumnya terhadap personaliti dan tindak tanduk Datuk Seri Hishammudin dan yang menariknya, Datuk Seri telah menghantar surat balas kepada pelajar bertuah itu.

Beliau telah menjawab surat itu dengan mengucap terima kasih kerana sudi menulis dan menasihati Victor untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Agaknya mungkin Datuk Seri tidak sangka mempunyai peminat yang begitu ramai. Apa pun,

Lihat : Reaksi Hishammudin selepas Menerima Surat tersebut




kami mengucapkan syabas buat negara yang bagi kami agak berjaya menangani krisis getir ini dengan tabah. Walaupun telah diasak pelbagai persepsi negatif terutamanya daripada warga China, kita tetap melayan mereka dengan penuh berhemah.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.