HARI ini satu agensi berita Australia mendedahkan laporan dan gambar juruterbang pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) membawa beberapa orang pelancong wanita bermesra dan masuk ke ruang kokpit sewaktu penerbangan.
Perkara itu, menurut berita berkenaan, terjadi sebelum peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada awal pagi Sabtu lepas.Pelancong terlibat turut mendakwa juruterbang tersebut menghisap rokok sewaktu penerbangan.
Ketika ini berita dan gambar berkenaan dengan insiden itu menjadi ‘viral’ dalam media sosial.
Kita harap ia insiden terpencil dan bukan melibatkan sikap juruterbang MAS secara keseluruhannya.
Apapun, MAS tak boleh ambil mudah kerana ini hanya akan menjejaskan imejnya dan paling penting, melanggar peraturan penerbangan!
"Video ini sudah tentunya menimbulkan kekecewaan rakyat Malaysia. Kru MAS yang telah menonton video ini mengatakan bahawa kenyataan wanita ini tidak benar dan telah ditokok tambah dengan niat tertentu. Malah, kelihatan mencurigakan. Wanita ini memberi kenyataan untuk mempertikaikan keselamatan kokpit pesawat Malaysia Airlines antaranya:
1. Pilot berfoya-foya,
2. menghisap rokok di dalam kokpit,
3. mengajak mereka untuk berada di kokpit sepanjang penerbangan (nampak benar bohongnya!).
Memang ada penumpang yang bergambar bersama juruterbang di kokpit tetapi ada protokolnya. FYI, pilot tersebut adalah salah seorang pilot pesawat MH370 yang masih hilang ini. Tidak adil hanya mendengar penjelasan wanita ini sahaja. Tidak adil mendengar penjelasan sebelah pihak sahaja."
Pihak berkuasa tempatan digesa untuk melakukan penyiasatan akan hal ini dan mengambil tindakan sepatutnya. Ini adalah salah satu cara media barat menjatuhkan negara kita dengan cara yang sungguh licik. Terima Kasih