Kota Kinabalu : Pro Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah mengikuti perkembangan dengan penuh kebimbangan kehilangan sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi tadi.

Difahamkan, seramai 152 warga China termasuk seorang bayi berada dalam pesawat tersebut, seramai 38 orang warga Malaysia, 12 orang warga Indonesia, 7 orang warga Perancis, 3 orang warga Amerika Syarikat, 3 orang termasuk seorang bayi New Zealand, 2 orang Ukraine, 2 orang Kanada, 2 orang Rusia, 1 orang warga Itali, 1 orang Netherlands dan 1 orang Austria.
Menurut Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, Saudara Kamal Abdul Rahim mengajak umat Islam di negara ini sama-sama berdoa agar pesawat dan kesemua penumpangnya selamat.



Beliau juga mengajak seluruh lapisan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi liar sebelum mendapat pengesahan rasmi MAS.

Akhirnya, Beliau juga mengharapkan kesemua ahli keluarga terbabit agar bertenang dan bersabar. Di atas segala-galanya, menyerahkan diri kepada Allah SWT adalah jalan terbaik sebagai hamba Nya.

" Salam Peneraju Perubahan "

Kamal Abdul Rahim.
Pengerusi Pro Mahasiswa.
Universiti Malaysia Sabah.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date