Kaedah Buat Rayuan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014
BR1M 3.0 2014 ataupun Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0 sudah pun ditutup permohonannya pada 31 Januari 2014 yang lalu.
Kepada mereka yang sudah memohon BR1M 3.0, status permohonan sudah boleh disemak bermula awal bulan Februari 2014 dan kepada mereka yang belum menyemak keputusan BR1M 3.0 boleh klik di pautan dibawah.
Kepada mereka yang tidak berjaya mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia, anda boleh cuba untuk membuat Rayuan BR1M 2014.
Cara Buat Rayuan BR1M 2014
- Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan untuk menghantar permohonan rayuan BR1M 3.0 2014
- Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonan rayuan Br1M 3.0 2014 untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan.
- Pembayaran Br1M 3.0 2014 akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 3.0 diluluskan.
Talian Hotline Rayuan BR1M 2014
- Talian Hotline BR1M: 1-800-222-500/ 1-800-88-2716
- Talian Khas BR1M: 03 8313 8987/ 03 8312 8988/ 03 8313 8989
- Emel BR1M: br1m2@treasury.gov.my / br1m3@treasury.gov.my
Dimaklumkan bahawan anda boleh membuat rayuan selepas 22 Februari 2014 dan setelah menyemak status permohonan tidak berjaya sebelum ini.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags