Kehilangan MH370 kekal misteri.

Misteri Kehilangan ” MAS Air Line MH370″ Masih lagi menjadi perbualan rakyat Malaysia. Mari kita sama-sama doakan mereka selamat.
8 Mac 2014 merupakan tarikh dimana Malaysia diuji dengan dugaan yang sangat menyedihkan. Kehilangan pesawat MH370 menyebabkan Malaysia kini menjadi tumpuan seluruh dunia.

Telah masuk hari ke-10 dan tidak ada sebarang maklumat yang boleh dikatakan sahih dan boleh dipercayai, terlalu banyak andaian yang dibuat dan cerita yang tidak kita tahu kesahihannya memberi kesan yang amat teruk kepada ahli keluarga penumpang.

Pesawat MH370 berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada hari sabtu jam 12.40 am waktu Malaysia dan dijangka sampai ke Beijing pada jam 6.30 am. Malangnya kali terakhir pesawat dapat dihubungi adalah dalam jam 1.30 am.

Sebanyak 227 orang penumpang dan 12 orang krew yang berada didalam pesawat tidak dapat dikesan sehingga sekarang.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date