Cara menaiki kapal terbang buat pertama kali
Macam mana nak tahu pintu berlepas?
Macam mana nak check-in kapal terbang/ flight?
Macam mana nak tuntut bagasi?Macam mana nak beli tiket kapal terbang/ flight?
Macam mana nak drop luggage?
Itu antara persoalan yang biasa bermain di fikiran mereka yang pertama kali ingin menaiki kapal terbang/ flight. Tidak terkecuali saya sendiri. Kali pertama saya menaiki kapal terbang/ flight adalah pada tahun 2012 ke Langkawi dengan menggunakan pesawat AirAsia.
Selepas 3 tahun mengalami perkara di atas terdetik di hati saya untuk kongsikan cara untuk menaiki kapal terbang/ flight memandangkan pada tahun 2015 perkara yang sama di alami oleh kawan saya yang pertama kali menaiki kapal terbang/ flight ke Korea. Pelan asalnya saya bersamanya ke Korea, tetapi pelan berubah di saat akhir dan menyebabkan beliau terpaksa manaiki kapal terbang/ flight bersendirian.
Bagi membantu anda yang pertama kali ingin menaiki kapal terbang/ flight, di sini saya kongsikan secara ringkas cara menaiki kapal terbang/ flight bermula dari pembelian tiket sehingga ketibaan anda ke destinasi. Sebagai tambahan, disertakan juga beberapa tips seperti cara menaiki kapal terbang dengan anak kecil.
1- Pembelian tiket
Sebelum membolehkan anda menaiki kapal terbang/ flight anda harus memiliki tiket penerbangan yang sah. Untuk membuat pembelian anda ada beberapa pilihan sama ada melalui agensi pelancongan, pembelian kaunter atau pembelian secara online. Kalau anda nak beli tiket, dinasihatkan anda membuat belian awal bagi mendapatkan harga yang lebih murah.
Mengikut pengalaman, saya lebih suka membeli tiket penerbangan secara online kerana mudah dan menjimatkan masa. Antara maklumat yang perlu anda isi semasa proses pembelian tiket adalah, nama, alamat emel, tarikh lahir dan sebagainya.
Note: Anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah sehingga pembelian tiket berjaya atau menerima kod/ emel tempahan.
Note:
1) Mengikut pengalaman hanya airasia sahaja yang menimbang "hand luggage" untuk pastikan anda tidak terlebih muatan. Tapi bukan semua airport dan jenis penerbangan membuat perkara tersebut.
2) Meskipun anda perlu daftar masuk beg bersaiz besar di kaunter, disarankan juga untuk anda membuat daftar masuk online bagi mengelakkan anda dikenakan caj tambahan semasa di kaunter.
2- Daftar masuk/ Check-in
Selepas anda berjaya membuat pembelian, anda perlu daftar masuk. Untuk daftar masuk anda ada beberapa pilihan sama ada melalui kaunter, kiosk, mobile atau online check-in. Sekiranya anda daftar masuk online biasanya anda boleh daftar masuk awal bergantung kepada syarikat penerbangan. Contoh, untuk penerbangan AirAsia anda boleh check-in 14 hari sebelum penerbangan, manakala Malindo Air anda boleh check-in 48 jam sebelum penerbangan.
Tapi kalau anda memilih untuk daftar masuk melalui kaunter biasanya kaunter dibuka 3-4 jam sebelum penerbangan. Jadi pastikan anda sampai awal bagi mengelakkan anda panik atau dihalang dari mendaftar masuk. Penggunaan daftar masuk kaunter sesuai sekiranya anda mempunyai beg yang besar atau barang yang banyak (muatan beg melebihi 7kg). Untuk mengetahui nombor kaunter untuk daftar masuk anda boleh rujuk papan info yang disediakan di airport.
Note:
1) Mengikut pengalaman hanya airasia sahaja yang menimbang "hand luggage" untuk pastikan anda tidak terlebih muatan. Tapi bukan semua airport dan jenis penerbangan membuat perkara tersebut.
2) Meskipun anda perlu daftar masuk beg bersaiz besar di kaunter, disarankan juga untuk anda membuat daftar masuk online bagi mengelakkan anda dikenakan caj tambahan semasa di kaunter.
3- Pemeriksaan kawalan keselamatan
Selepas melakukan proses daftar masuk dan memperoleh boarding pass, anda boleh terus ke pintu pemeriksaan keselamatan. Untuk ke pintu pemeriksaaan anda perlu sediakan pass masuk (tiket) dan pengenalan diri (I/C atau passport) bergantung kepada jenis penerbangan anda sama ada domestik atau antarabangsa.
Dinasihatkan anda sampai awal sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam sebelum penerbangan bagi mengelakkan anda panik atau terpaksa beratur lama atau terlepas penerbangan. Ini kerana, bagi kebanyakan airport utama seperti KLIA/ KLIA2, ruang berlepas adalah besar dan pintu berlepas pula jauh. Jadi anda memerlukan masa untuk sampai ke pintu perlepasan.
Semasa pemeriksaan keselamatan kebiasaannya anda perlu membuka semua perlatan logam/ besi. Bagi yang membawa laptop, anda perlu keluarkan laptop dari beg dan masukkan ke dalam bakul yang disediakan.
Bagi penerbangan antarabangsa, pemeriksaan passport akan dilakukan sebelum anda melalui proses pemeriksaan keselamatan. Pastikan anda berada di barisan yang betul sama ada warga negara atau warga asing.
Note: Sekiranya anda mengambil penerbangan semasa waktu puncak (hari raya atau cuti umum) pastikan anda sampai awal bagi mengelakkan anda terlepas penerbangan.
4- Menaiki pesawat
Selepas anda dah melalui proses pemeriksaan keselamatan anda boleh terus ke pintu perlepasan. Untuk mengetahui pintu perlepasan anda boleh rujuk kepada papan info atau boarding pass anda.
Setelah sampai ke pintu berlepas anda perlu tunggu sehingga pengumuman naik pesawat dilakukan dan anda perlu beratur. Kebiasaanya keutamaan untuk menaiki pesawat di berikan kepada pemegang tiket business class dan keatas, mereka yang memiliki anak kecil dan warga emas.
Semasa proses menaiki pesawat anda perlu sediakan boarding pass dan pengenalan diri untuk diperiksa. Sekiranya anda bawa hand luggage, anda perlu letak di ruang atas atau di bawah (di bawah tempat duduk kerusi depan anda). Pastikan anda duduk di kerusi yang betul seperti tercatit dalam boarding pass anda. Tegakkan kerusi, pakai tali keledar, matikan barangan elektronik dan buka slide tingkap sepenuhnya (Sekiranya anda duduk tepi tingkap).
Bagi penerbangan antarabangsa kebiasaanya anda akan diberikan beberapa borang untuk di isi semasa dalam pesawat. Jadi pastikan anda bawa bersama pen bagi mengelakkan anda beratur lama di ruang imegresen untuk mengisi borang.
Note: W/pun nombor pintu/ gate perlepasan telah tercatit pada boarding pass, pastikan anda turut merujuk kepada papan info untuk kepastian dan sentiasa peka dengan pengumuman (sekiranya ada perubahan pintu atau pesawat delay). Mengikut pengalaman, pintu perlepasan boleh berubah w/pun telah tercatit dalam boarding pass.

5- Ketibaan
Sebelum keluar daripada pesawat pastikan anda membawa bersama barang anda (hand luggage etc). Jangan ada yand tertinggal. Sekiranya anda pertama kali menaiki kapal terbang/ flight, untuk keluar ke balai ketibaan anda boleh ikut penumpang lain atau anda ikut papan tanda keluar.
Sekiranya anda mempunyai bagasi yang didaftar masuk ke perut pesawat, anda berlu ke ruang menuntut bagasi. Untuk mengetahui lokasi bagasi, anda boleh rujuk kepada papan info yang disediakan di airport.
Bagi penerbangan antarabangsa, sebelum keluar anda perlu melalui imegresen dan pemeriksaan kastam terlebih dahulu. Mengikut pengalaman saya, sekiranya anda tidak membawa/ membeli barang yang banyak atau membawa barang yang perlu declare cukai anda akan dilepas tanpa sebarang soalan.
Selesai..
Note:
Sebelum berlepas ke destinasi percutian, disarankan untuk anda membeli Travel Insurance sebagai perlindungan. Travel Insurance ini boleh dibeli sama ada melalui syarikat penerbangan atau syarikat Travel Insurance lain seperti Etiqa, AXA dan lain-lain. Dalam hal ini, pastikan polisi Insurance yang dibeli menawarkan jumlah perlindungan yang tinggi dan mempunyai Guarantee Letter (GL). Ini bagi memastikan jumlah perlindungan mencukupi sekiranya apabila anda ditimpa musibah dan anda tidak perlu mengeluarkan wang pendahuluan sekiranya dimasukkan ke hospital.
SOURCE: nothingtosomethings.com
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date

Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.