DUA anggota keselamatan berkawal di KLIA.
Rampas guna bom kasut?
Kuala Lumpur: Misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 menjadi lebih rumit apabila ada dakwaan mengaitkannya dengan kumpulan pengganas al-Qaeda.
The Telegraph yang berpejabat di London melaporkan seorang bekas pengikut kumpulan itu Saajid Badat memberitahu mahkamah di New York minggu lalu bahawa empat hingga lima lelaki warga Malaysia merancang mengambil alih sebuah pesawat dengan menggunakan bom yang disembunyikan di dalam kasut untuk meletupkan pintu kokpit kapal terbang.Pertemuan antara Saajid dengan kumpulan berkenaan didakwa berlaku pada 2001, tidak lama selepas peristiwa serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September tahun yang sama.
Bagaimanapun, perancangan itu tidak pernah menjadi kenyataan dan ia kini cuba dikaitkan dengan kehilangan pesawat penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditanya wartawan Harian Metro mengenai dakwaan yang mengaitkan misteri kehilangan pesawat itu dengan al-Qaeda berkata: “Semua terangkum dalam siasatan kita.”
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags