Insiden yang melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi Sabtu lepas mengejutkan seluruh dunia.
Blog Kickbola Network mengupas secara ringkas teknologi yang berkaitan pesawat Boeing 777-200ER.Sebelum itu, marilah kita terus berdoa hanya yang terbaik untuk penumpang dan anak kapal MH370.
- Class 3 Electronic Flight Bag. Pengurusan maklumat digital keseluruhan pesawat yang digunakan juruterbang untuk muat turun carta dan manual
- Kawalan intuitif. Dek kawalan dicipta berdasarkan tabiat juruterbang dan pembantu dan diiktiraf yang tercanggih bagi memudahkan penglihatan juruterbang dan pembantunya secara serentak
- Enam paparan LCD yang cerah dan boleh diubah tahapnya mengikut keselesaan juruterbang
- Airplane Infromation Management. Kesemua sistem dipaparkan dalam satu lokasi. Semasa penerbangan, tiga komputer utama akan beroperasi serentak sebelum menghantar maklumat ke satu pusat kawalan yang dihubungkan ke juruterbang
- Electronic Tailstrike Protection. Sistem yang membaca pergerakan ekor pesawatbagi mengelakkannya mencecah darat ketika mendarat
- Aerodinamik. Penambahan 2 meter lebar pada sayap untuk aliran angin lebih sempurna.
- Enjin Ge90-115B yang jimat bahan api
- Teknologi bahan buatan kapal terbang aluminium dan titanium
- Sistem komunikasi canggih, VHF radio (komunikasi radio sehingga 402km), HF radio (komunikasi radio sehingga 1609km) dan controller-pilot data link communication (CPDLC)
- 13 kemaskini perisian dan sistem sejak 2004