KUALA LUMPUR, 10 Mac 14 – Sebanyak 19 aset TLDM termasuk enam belas kapal dan tiga pesawat turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat penumpang dan krew pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang awal pagi Sabtu lalu.
Dalam kejadian dua hari lalu, MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk dua bayi dan 12 krew yang dalam penerbangan ke Beijing, hilang di perairan Laut China Selatan, sempadan Malaysia-Vietnam tanpa sebarang isyarat kecemasan. Pesawat Boeing 777-200 itu berlepas dari KLIA pada jam 12.41 pagi dan dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Usaha mencari dan menyelamat diperluaskan dengan bantuan pasukan penyelamat antarabangsa beberapa negara termasuk China, Vietnam, Indonesia,Filipina,Singapura, Australia dan Amerika Syarikat.
Sumber : Sel Perhubungan Awam Mk TL
Artikel : PW 11 PRL Normahaily Mohd Nor
Amerika Syarikat yang membantu misi mencari dan menyelamat #MH370 telah mengalihkan fokus ke Lautan Hindi |
TLDM turut menggunakan Super Lynx bagi mencari dan menyelamat MH370 |
KD Terengganu dan USN MH-60R Seahawk helicopter (HSM-78) menjalankan pelarasan pencarian di udara dan laut |