BEIJING 13 Mac - Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata, usaha mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang akan diteruskan selagi 'masih terdapat harapan' untuk menemui pesawat tersebut.
"Operasi mencari ini berada di skala besar dan antarabangsa melibatkan banyak negara.
"Kerajaan China meminta pihak terbabit meningkatkan penyelarasan, menyiasat punca kejadian, mencari lokasi pesawat ini secepat mungkin dan menguruskan perkara berkaitan kejadian ini sebaik mungkin," katanya kepada wartawan. - Reuters
Kapal laut Australia, Ocean Shield yang membawa pengesan bunyi berteknologi tinggi dari tentera laut Amerika Syarikat sedang menyiasat satu lagi isyarat pada jarak kira-kira 555 km. |
Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia berdoa agar dipermudahkan segala urusan mencari dan menyelamat #MH370 |
Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia berdoa sebelum meneruskan pencarian MH370 |
Pegawai tentera Taiwan berbincang sesuatu sebelum meneruskan usaha mengesan penerbangan #MH370. |
Pencarian masih diteruskan #PRAYFORMH370 |
China terus menghantar pesawat tentera untuk membantu mencari pesawat Malaysia yang hilang |
Pegawai tentera meninjau di kawasan sekitar barat daya selatan Vietnam |
Tentera Udara Indonesia mendengar taklimat berikut untuk misi mencari #MH370 di Selat Melaka. |
Anggota TUDM di dalam pesawat Hercules C130 ketika mencari #MH370 |
Krew KD Lekiu Tentera Laut Diraja Malaysia memerhati kawasan dalam sektor mencari dan menyelamat pesawat #MH370 |
Terima kasih, Jasa dalam kenangan [nota: nama negara Brunei tidak berada dalam grafik WSJ. NAMUN Brunei turut menghantar pasukan mencari). |
Doa sebelum memulakan tugas. |
Japan dan TLDM bersama-sama meneliti lokasi terakhir #MH370 |