(Video) Pemandu Lori tidak sedar telah seret Mayat 40KM

KEADAAN motosikal yang remuk dipercayai terbabit kemalangan dengan kenderaan berat. SISA mayat mangsa kelihatan berkecai di tepi lebuh raya.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Seorang penunggang motosikal maut dan anggota badannya hancur selepas terbabit dalam kemalangan dipercayai dengan kenderaan berat sebelum diseret sejauh lebih 40 kilometer, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, serpihan daging dan motosikal mangsa jenis Honda EX5 ditemui di Kilometer 274.2 arah Selatan kira-kira 800 meter ke susur keluar Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Ipoh.

Serpihan daging dan sebahagian tangan serta kaki mangsa kemudian turut ditemui Kilometer 317 kawasan Tapah arah Selatan.

Picture
KEADAAN motosikal yang remuk dipercayai terbabit kemalangan dengan kenderaan berat. Hancur diseret 40 kilometer

Pemeriksaan melalui nombor pendaftaran motosikal yang ditemui, mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Mahmud, 25, beralamat di Lot 15 Kampung Majidi, Serdang, Kedah yang dalam perjalanan dari kampungnya ke tempat kerja di kilang PROTON di Tanjung Malim, dekat sini.

Ketika kejadian keadaan cuaca baru lepas hujan dan jalan licin.

Difahamkan ibu mangsa sudah dimaklumkan mengenai kemalangan ngeri itu.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.