Ketua Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes dipilih sebagai ‘Pemimpin Industri Penerbangan Tahun ini’ pada Aviation 100 Awards yang berlangsung di Dublin, Ireland kelmarin.
AirAsia dalam kenyataannya berkata, Fernandes diiktiraf atas usahanya meluaskan sempadan dalam industri penerbangan.
F
ernandes berkata, kejayaan itu memerlukan usaha keras serta dedikasi hampir 12,000 kakitangan AirAsia.
“Ini adalah perjalanan hebat kami sepanjang bersama AirAsia selama 12 tahun. Kami telah berkembang daripada syarikat penerbangan yang berhutang ketika Kamarudin (Pengerusi Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun) dan saya mengambil alih syarikat 10 tahun yang lalu, kepada jenama bertaraf global, dengan nilai modal pasaran RM6 bilion kini,” katanya.
Aviation 100 Awards diadakan setiap tahun dan memasuki edisi keempat tahun ini.
Anugerah ini adalah keputusan kaji selidik selama empat bulan dalam kalangan eksekutif industri penerbangan global termasuk pemajak, badan kewangan, firma perundangan dan pembuatan, membabitkan hampir 11,000 profesional.
Sementara itu, dalam wawancara dengan saluran berita CNBC-TV18 di luar Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, Fernandes berkata, beliau yakin operasi terbaru kumpulan itu di India bermula tidak lama lagi dan dapat mengubah situasi perjalanan di negara yang memiliki 1.3 bilion penduduk itu.
“Kami syarikat penerbangan asing pertama yang dibenarkan sampai ke tahap ini di India.
“Kami baru-baru ini mendapat kelulusan Directorate General of Civil Aviation bagi semua kemudahan latihan dan sedia untuk bermula. Saya yakin kami boleh melancarkannya Mac atau April,” katanya.

Yakin beroperasi di India