Kerajaan melancarkan Ops Harga 2014 serentak di seluruh negara

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Kerajaan melancarkan Ops Harga 2014 serentak di seluruh negara .
(📸 ©BERNAMA)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melancarkan Ops Harga 2014 secara serentak di seluruh negara mulai hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek, berkata operasi yang bertujuan memastikan peniaga mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan disertai kita-kira 1,800 pegawai penguatkuasa kementerian dan kura-kita 1,200 pegawai pemantau harga.

Katanya, fokus operasi ialah memeriksa tanda harga, harga barangan serta timbangan dan sukatan.

"Tumpuan premis niaga yang diperiksa dalam operasi ini ialah pasar basah, kedai runcit dan restoran," katanya selepas melancarkan Ops Harga 2014 di Pasar Seremban.

Beliau berkata, operasi diadakan setiap hari, sekali gus menunjukkan keseriusan kerajaan menangani penyelewengan di kalangan sesetengah peniaga.

Setakat Ini 463 Kesalahan Dikesan Dalam Ops Harga 2 2014

Sebanyak 463 kesalahan melibatkan pemborong dan peruncit dengan rampasan bernilai RM16,834 dicatat di seluruh negara dalam Ops Harga 2 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) dalam tempoh dua minggu Januari ini.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayuddin berkata selain itu, kompaun sebanyak RM21,050 dikeluarkan sepanjang tempoh itu.

Kebanyakan kes adalah kesalahan tiada tanda harga dan kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972, katanya kepada pemberita selepas mengetuai pemeriksaan di Pasar Borong Selangor Isnin.

Beliau berkata bagi premis yang dikenakan notis, peniaga terbabit perlu mengemukakan sebab-sebab mereka tidak meletakkan tanda harga dan bukti harga jualan.

Roslan juga memberi amaran pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati.


SOURCE: BERNAMA

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.