Kritikan insiden Enjin Proton Preve Tercabut semasa Kemalangan

Apabila enjin Preve yang tercabut ni, kritikan bodoh diberikan kepada produk Proton.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Baru-baru ni kecoh di alam maya mengenai sebuah Proton Preve yang hancur dalam sebuah kemalangan tetapi pemandunya selamat tetapi enjin tercabut dari tempat asalnya,

Rata-rata komen di Facebook mengalahkan pakar kereta. Pelbagai kutukan diberi kepada kereta kita. Ohhh. ‪#‎TypicalMalaysian‬ kan? Dalam Facebook kita akan jumpa ramai pakar-pakar dalam pelbagai bidang. Keluar je satu isu berbondonglah pakar pakar ini memberi komen bernas mereka ‪#‎sarcasm‬.

Dakwa 'pakar-pakar' ini enjin tercabut ni menunjukkan kelemahan kereta Proton dan membahayakan pengguna. Benarkah begitu?


Jawapannya tidak.

1. Kalau tengok kereta yang hancur ni, kemungkinan pemandu membawa dalam kelajuan yang tinggi dan apabila kemalangan, Preve itu mungkin beberapa kali terbalik dan berguling - melihat kepada bumbung kereta.

2. Walaupun remuk, keadaan sisi kereta masih lagi tegap dan pintu masih lagi terbuka.Manakala struktur kenderaan masih lagi tegap cuma bahagian hadapan kereta remuk teruk dan pemandunya selamat!

3. Kerangka Preve dan Suprima S menggunakan teknologi Hot Press Forming (HPF) . Teknologi ini menghasilkan kerangka utama yang tegap dan kekalkan berat kereta yang ideal bagi penjimatan minyak yang optimum.


4. Ada 12 bahagian dalam Preve dan Suprima S yang diletakkan HPF bagi kekalkan kerangka kereta dan menyelamatkan pengguna walaupun berlaku pelanggaran.

5. Bahagian depan kereta mempunyai had atau jarak kerosakan efektif untuk menyerap pelanggaran. Ini akan memberi perlindungan maksimum kepada pengguna jika berlaku kemalangan. Malah enjin akan keluar dari kerangka asal bagi mengurangkan kesan impak kepada pengguna.

6. Untuk pengetahuan juga, Preve dan Suprima S memperoleh 5 star ANCAP dimana kebanyakan kereta seperti Honda Accord pun tidak dapat penarafan 5 bintang.

7. Apa kebenda ANCAP ni? ANCAP ialah singkatan bagi Australasian New Car Assessment Program yang merupakan penasihat bebas terulung bagi keselamatan kereta di Australasia.


8. Proton telah melangkah ke tahap yang lebih baik kini sejak mengambil alih Lotus. Walaupun kita akui kelemahan kelemahan lain dalam Proton kita kena akui juga, kelemahan syarikat syarikat pengeluar kereta lain. Kritikan membina harus diberi kepada Proton demi pembaikan pada masa akan datang.

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.