Diskriminasi OKU 25 kali gagal temu duga walaupun CGPA 3.57

Kamairu Azman Daud

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



25 kali gagal temu duga

"Sejak kecil saya cuba buktikan kecacatan saya bukan penghalang untuk berjaya. Begitupun, lain pula jadinya bila saya mahu cari kerja.

"Kebanyakan majikan yang menemuduga saya hanya melihat kecacatan dan bukan kemampuan saya," kata Kamairu Azman Daud, 26, pelajar kelainan upaya (OKU) bijak yang masih gagal mendapatkan pekerjaan meskipun menamatkan pengajian dengan cemerlang tahun lalu.

Dilahirkan cacat tangan kiri dan kudung kaki kiri, pelajar jurusan Ijazah Teknologi Sains Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam itu mendapatkan purata nilai gred (GPA) 4.00 untuk semester akhir iaitu praktikal dan tesis, sekali gus menamatkan pengajian dengan purata nilai gred terkumpul (CGPA) 3.57.

Sepanjang tempoh pengajian, anak kelahiran Kelantan ini juga menerima tiga Anugerah Dekan berikutan kecemerlangannya dalam akademik walaupun terpaksa berulang-alik ke kuliah menggunakan kaki palsu.

Menurut Kamairu, cita-cita untuk berjaya dalam bidang pelajaran kini tercapai, namum impian untuk berkerja seperti individu normal tetap terhalang kerana diskriminasi terhadap individu sepertinya.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.