5 Kesalahan yang biasa berlaku melibatkan perlanggaran Rukun Qauli Solat

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Pengkongsian ilmu mengenai 5 kesalahan yang biasa berlaku yang melibatkan pelanggaran rukun qauli solat dan menyebabkan solat kit tidak sah.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



DAH TAHU BELUM? RUKUN QAULI DALAM SOLAT

Kesalahan yang biasa berlaku di dalam solat adalah tidak menyebut Rukun Qauli dan menyebabkan solat TIDAK SAH.

Rukun Qauli adalah bacaan yang dilafazkan dengan bersuara sekadar didengar oleh telinga sendiri.

Tidak sah solat jika dibaca hanya di dalam hati.

5 kesalahan yang biasa berlaku yang melibatkan perlanggaran rukun Qauli solat:

1. Takbiratul Ihram (Apabila tidak melafaz 'Allahuakbar' atau bacaannya cuma dalam hati)

2. Bacaan Al-Fatihah (Apabila tidak menyebut perkataan demi perkataan Al-Fatihah atau bacaanya cuma dalam hati)

3. Bacaan Tahiyat Akhir (Apabila tidak menyebut perkataan demi perkataan tahiyat akhir atau bacaanya cuma dalam hati)

4. Bacaan selawat di rakaat terakhir (Apabila tidak menyebut selawat Nabi SAW atau bacaanya cuma dalam hati)

5. Lafaz salam (Apabila tidak melafaz 'Assalamualaikum Warahmatullah' atau beri salam dalam hati)

Mari perbetulkan solat kita supaya menjadi lebih sempurna kerana solat adalah tiang agama. Jadi, solat yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah solat kita diterima oleh Allah. Mudah-mudahan. Amin Ya Rabbal Alamin

SOURCE: iiumc

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.