Teknologi Nuri sudah ketinggalan, Helikopter Sikorsky S-61A-4 perlu penambahbaikan

Penambahbaikan perlu bagi pesawat TUDM

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Penambahbaikan perlu bagi pesawat TUDM

Nahas terbaru helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di Pulau Perak, dekat Kedah kelmarin menimbulkan persoalan mengenai keupayaan pesawat Sikorsky S-61A-4 itu untuk terus berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ini kerana sejak pesawat itu memulakan khidmat dalam ATM pada 1968, ia merekodkan lebih 10 insiden nahas yang menyebabkan kehilangan nyawa anggota tentera selain kerugian aset pertahanan negara.


Pakar industri penerbangan dan mereka yang pernah menerbangkan pesawat itu berbeza pandangan sama ada Nuri perlu dikekalkan atau diganti dengan helikopter jenis lain.


Seorang sumber industri penerbangan dan pertahanan berpendapat, teknologi pesawat Nuri sudah ketinggalan zaman untuk berdepan dengan perubahan cuaca.

Beliau berkata perubahan cuaca dunia yang semakin panas menjejaskan penerbangan, terutama pesawat yang terbang di bawah paras 10,000 kaki seperti helikopter.


Keadaan cuaca punca nahas

“Keadaan cuaca dunia yang kian panas dipercayai antara punca utama nahas membabitkan pesawat penerbangan termasuk insiden terbaru pesawat Nuri TUDM kelmarin. Wap panas dan tiupan angin kencang pada paras itu mempengaruhi penerbangan dan ditambah lagi dengan teknologi manual Nuri yang ketinggalan zaman,” katanya.

Picture
HELIKOPTER Nuri yang terhempas dipercayai mengalami masalah teknikal.

Jatuh di Pulau Perak

Masalah teknikal dipercayai menjadi punca helikopter Nuri kendalian Skuadron 3 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat pendaratan cemas di Pulau Perak dekat Pulau Langkawi, dekat sini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.25 pagi menyebabkan empat daripada enam kru dan penumpang yang menaiki helikopter Sikorsky terbabit mengalami kecederaan termasuk seorang dikatakan patah tangan.

Difahamkan, helikopter yang dikendalikan Skuadron 3 TUDM berpangkalan di Butterworth, Pulau Pinang dalam perjalanan menghantar logistik kepada anggota tentera yang bertugas di pulau berkenaan.

Sumber berkata, juruterbang berpangkat kapten yang mengendalikan helikopter itu dipercayai terpaksa membuat pendaratan cemas selepas berlaku keadaan angin kuat menyebabkan pesawat terbabit hilang kawalan lalu terhempas di kawasan berbatu di pulau berkenaan.

Katanya, akibat itu, empat penumpang termasuk kru pesawat mengalami kecederaan dengan seorang anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) patah tangan manakala dua lagi rakannya tidak cedera.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.