Irfan catat rekod kebangsaan baharu
MUHAMMAD Irfan Shamsuddin meraih pingat emas pertama olahraga pada Sukan SEA Myanmar dalam acara melempar cakera lelaki di Stadium Sukan Wunna Theikdi, hari ini.
Catatan 53.16 meter itu juga merupakan rekod baru kebangsaan.
Narong Benjaroon dari Thailand mendapat pingat perak dengan catatan 52.45 meter.
Pingat gangsa pula dimenangi atlet Indonesia, Hermanto dengan catatan 51.96 meter.
OLAHRAGA: Atlet termuda raih emas
ATLET muda negara, Muhammad Irfan Shamsuddin mencipta sejarah menjadi atlet termuda negara meraih pingat emas acara olahraga Sukan Sea Myanmar yang membuka tirai di Stadium Wunna Theikdi, di sini, hari ini.
Penuntut jurusan perniagaan Universiti Malaya berusia 18 tahun itu membuat kejutan dalam acara lempar cakera dengan balingan sejauh 53.16 meter sekaligus memecahkan rekod kebangsaan terdahulu; 49.90 meter yang diciptanya pada Kejohanan Olahraga Terbuka Brunei, baru-baru ini.
Atlet dari Thailand, Narong Benjaroon meraih pingat perak dengan balingan sejauh 52.45 meter manakala Hermanto dari Indonesia sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa menerusi balingan 51.96 meter.
Juara bertahan acara berkenaan, James Wong Tuck Yim dari Singapura sekadar menduduki tangga kelima selepas mencatatkan balingan 50.82 meter.
Muhammad Irfan yang ditemui pemberita selepas acara berkenaan, tidak menyangka mampu menghadiahkan pingat emas kepada negara memandangkan beliau tidak meletakkan apa-apa sasaran dalam penyertaan sulungnya pada Sukan Sea.
#SukanSea | Acara Padang | - Lempar Cakera
- Irfan menambah lagi koleksi emas untuk Negara di Sukan Sea Myanmar semalam apabila memenangi acara padang "Lempar Cakera" dengan lemparan sejauh 53.16Meter mengatasi Narong Benjaroon dari Thailand sekadar mampu mengutip Perak dengan lemparan sejauh 52.45Meter.
FAKTA :
* Irfan anak Malaysia Pertama yang memenangi Emas bagi acara Lempar Cakera selepas penantian selama 46tahun.
*Irfan Memecah 5kali Rekod Negara di Stadium sukan Wunna Theikdi.
#SukanSea2013
#MalaysiaBoleh
Muhammad Irfan yang ditemui pemberita selepas acara berkenaan, tidak menyangka mampu menghadiahkan pingat emas kepada negara memandangkan beliau tidak meletakkan apa-apa sasaran dalam penyertaan sulungnya pada Sukan Sea.
"Saya tidak memikirkan apa-apa kerana yang lebih penting ialah mempamerkan persembahan terbaik dan saya tidak mempunyai tekanan kerana saya tidak diletakkan dalam kedudukan untuk meraih pingat.
"Saya ingin mendedikasikan kemenangan ini kepada jurulatih, saya sendiri serta keluarga yang banyak menyokong saya selama ini namun yang lebih menggembirakan saya apabila menewaskan juara bertahan acara ini," kata Muhammad Irfan.
Turut menyuarakan sentimen sama ialah jurulatih kebangsaan bagi acara itu, Frantisek Petrovic yang berharap agar atlet itu meningkatkan balingan beliau sebelum bersaing dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia yang akan diadakan di Amerika Syarikat tahun depan.
"Ini satu keputusan cemerlang... beliau bukan sahaja menang tetapi juga mencipta sejarah sebagai atlet termuda (Malaysia) untuk meraih pingat emas dalam acara olahraga," kata jurulatih yang berasal dari Slovakia.
Dalam pada itu, hasrat atlet veteran negara, Lo Choong Sieng untuk meraih pingat emas dalam acara 20km jalan kaki lelaki tidak kesampaian selepas sekadar menduduki tangga kelima menerusi catatan 1 jam 38 minit dan 15 saat.
Seorang lagi wakil negara, Muhammad Khairil Harith Harun pula dibatalkan penyertaan disebabkan masalah teknikal.
Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara 20km jalan kaki wanita.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.