Peniaga rugi ditipu RM1juta dalam skim pelaburan ikan arowana
[Jenayah] kene kenci** benih ikan RM 1 juta
“Bantulah saya. Saya ada sebidang tanah bersama rumah, dua rumah teres dan sebuah kereta untuk dicagar. Dengan adanya modal cagaran nanti, boleh saya mulakan kembali perniagaan serta bina kehidupan semula sementara menunggu wang semula,” kata Mohd Shukri Mohsin Fadzli, 32, mangsa penipuan pelaburan ikan arowana berjumlah hampir RM1 juta.
Anak kepada seorang bekas wakil rakyat itu kini ke hulu ke hilir membawa bersama dokumen berkenaan bagi mencari mereka yang berpotensi memberikan sejumlah besar wang untuk dia membayar hutang selain meneruskan perniagaan lain yang tergendala sejak 2010.
Dia kini hidup dalam keadaan tertekan selepas menghabiskan semua wang yang ada termasuk simpanan ibu bapanya.
Menurutnya, episod hitam itu bermula apabila dia tertarik dengan satu skim pelaburan ikan arowana di Hulu Langat, tiga tahun lalu.
Katanya, selepas diperkenalkan rakan, dia dibawa berjumpa seorang lelaki yang mengusahakan perniagaan menjual benih ikan arowana dan bersetuju menyerahkan wang pelaburan RM370,000 sebagai permulaan.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date