Marks & Spencer London akur hak pekerja Islam mengenai penjualan alkohol

Marks & Spencer London akur hak pekerja Islam mengenai penjualan alkohol

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Marks & Spencer akur hak pekerja Islam

Rangkaian pasar raya Marks & Spencer di London, mengemukakan permohonan maaf selepas seorang kakitangan Islam enggan membantu pelanggan yang mahu membeli minuman keras.

Marks & Spencer, dilihat mematuhi semula dasarnya, selepas laporan awal menyatakan bahawa kakitangan Islam pasar raya itu yang enggan mengendalikan urusan pembelian minuman keras dan khinzir, atas sebab agama, dimaklumkan bahawa mereka boleh meminta pelanggan membayar di kaunter berasingan.

Bagaimanapun jurucakap pasar raya terbabit berkata, pihaknya memohon maaf berikutan ulasan oleh akhbar The Independent yang tersalah tafsiran mengenai ‘perniagaan sekular’ rangkaian itu.
“Bagi mana-mana kakitangan dengan kepercayaan agama yang melarang mereka mengendalikan makanan dan minuman tertentu, kami akan menempatkan mereka di bahagian yang sesuai.

“Sebagai sebuah perniagaan sekular, kami mempunyai dasar yang mengalu-alukan semua kepercayaan agama,” kata jurucakap berkenaan.

Sebelum itu, seorang pelanggan memberitahu akhbar The Telegraph bahawa beliau terkejut, apabila seorang wanita memakai tudung memberitahu dia tidak dapat menguruskan pembelian minuman keras.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.