Penduduk berpesta ikan terdampar Penduduk kampung mengambil kesempatan mengutip ikan tamban yang terdampar di gigi air di Pantai Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu. |
Fenomena hidupan laut timbul ke darat pada 24/12/2006 sebelum tsunami 26/12/2006 kini berulang di tarikh yang sama di Lahad Datu. Tsunami ??Penduduk di Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu , gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.
Kejadian ini berlaku di tepi pantai Tambisan pada pagi 24/12/2013. Difahamkan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku dan pernah sudah beberapa kali berlaku akibat apabila musim ikan besar mendarat di perairan Tambisan makan ikan yang kecil-kecil seperti dalam video ini akan ke tepian pantai untuk menyelamatkan diri daripada mangsa buruan ikan-ikan besar.
Nota Kaki :
Bagi kita yang jarang melihat kejadian pelik seperti ini pastinya akan timbul perasaan gusar dan takut dan sering mengaitkan dengan kemungkinan perkara negatif. Usah kita berperasangka.Sesungguhnya Allah maha berkuasa.
Yakinilah bahawa semuanya berada dalam pengetahuan dan perhitungan Allah s.w.t. Hati kita hendaklah dipenuhi keyakinan.
Fenomena ikan naik darat di Lahad Datu ini berkemungkinan terjadi disebabkan kelmarin ada gempa berskala kecil berlaku di filipina dan laluan pusat gempa tu sejajar arah kinabatangan.
Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.
Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.
Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.
Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.
Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.
Unit Bencana RTM telah mendapat kiriman gambar dan visual melalui aplikasi Whats App mengenai fenomena ikan kecil menyelamatkan diri ke tepi pantai tengahari tadi.
Khuatir dan pelik atas kejadian tersebut kami telah mendapatkan pengesahan dari Meteorologi Malaysia jika terdapat sebarang aktiviti gempa bumi ataupun tanda tanda tsunami akan berlaku. Maklum balas yang diterima dari MET Malaysia mengatakan tiada sebarang aktiviti gempa berlaku untuk hari ini 24 Desember 2013.
Untuk mendapatkan lagi kesahihan berkenaan gambar dan visual yang diterima itu kami turut mendapatkan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang berpusat diPejabat Unit Pertahanan Awam FELDA Sahabat untuk meninjau fenomena berkenaan khuatir ia sekadar khabar angin dan juga mungkin berlaku di kawasan lain. Menurut Pegawai JPAM yang bertugas iaitu L/KPL Sawmahli Kerman, fenomena itu merupakan perkara biasa yang berlaku di Pulau Tambisan. Kadang kala kejadian itu berlaku 2 hingga ke 3 kali dalam setahun.
Untuk makluman, di Pulau Tambisan terdapat satu pelabuhan yang digunakan nelayan bagi memunggah hasil tangkapan mereka. Kejadian itu berlaku diakibatkan oleh air laut pasang besar dan pergerakan bot-bot nelayan keluar masuk menyebabkan ikan dari spesis Tamban yang bergerak secara koloni itu terganggu lalu lari menyelamatkan diri dan melompat ke pesisir pantai.
Penduduk Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu, berpesta ikan tamban apabila beribu-ribu spesies itu terdampar di pantai penempatan itu semalam.
Fenomena itu bermula jam 8 pagi apabila tiga kumpulan besar ikan tamban melompat-lompat di gigi air di pantai kampung terbabit menyebabkan penduduk mengambil kesempatan menangkapnya termasuk menggunakan baldi.
Bagaimanapun, ada penduduk berkata fenomena sama pernah berlaku pada September atau Oktober lalu di tempat sama yang dipercayai berpunca daripada angin kencang di Laut Sulu.
Saksi dikenali sebagai Gazali memberitahu BH, tiga kumpulan besar ikan tamban mendarat di pantai terbabit bermula jam 8 pagi, diikuti kumpulan kedua kira-kira 15 minit kemudian dan kumpulan ketiga, 30 minit selepas itu.
“Ketika itu, saya kebetulan ke pantai melihat keadaan laut sebelum tiba-tiba ternampak ribuan ikan melompat-lompat menuju ke pantai dibawa ombak sebelum terdampar.
“Saya ada mendengar kejadian seperti ini pernah berlaku, apa yang saya lihat ini amat menghairankan kerana belum pernah ikan yang begitu banyak tiba-tiba terdampar di pantai,” katanya.
Penduduk berpesta ikan terdampar. |
IKAN MENDARAT DI LAHAD DATU.

Peristiwa Pelik Di Pulau Tambisan, Lahad Datu

Pihak berkuasa nafi fenomena aneh petanda tsunami
Penduduk Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu, berpesta ikan tamban apabila beribu-ribu spesies itu terdampar di pantai penempatan itu semalam.
Fenomena itu bermula jam 8 pagi apabila tiga kumpulan besar ikan tamban melompat-lompat di gigi air di pantai kampung terbabit menyebabkan penduduk mengambil kesempatan menangkapnya termasuk menggunakan baldi.
Angin kencang di Laut Sulu punca fenomena