Lana Nordin hormat kerja Johan As’ari, Baju kurang kain disimpan

Sebaik pelakon sedang mencipta nama, Johan As’ari mengumumkan mahu melamar Lana Nordin selepas 3 hari bertemu, pasangan itu menjadi perhatian ke mana saja mereka pergi.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Hubungan mereka dikritik apabila ramai keliru memandangkan sebelum itu, Johan dikatakan intim dengan penyanyi popular, Shila Amzah.

Picture
Meskipun Johan dan Shila menegaskan hubungan yang terjalin tidak lebih sebagai kenalan rapat, tambahan pula keluarga mereka berdua saling mengenali, ramai masih beranggapan ada sesuatu di antara mereka.

Terbaru, penerbit filem Paku menampilkan Johan sebagai pelakon utama, menyelar Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin kerana menemani Johan menghadiri majlis tayangan perdana filem berkenaan.

Dalam kenyataan yang disiarkan media, penerbit filem itu berkata kehadiran Lana menyebabkan tumpuan wartawan terhadap Paku beralih kepada kisah cinta pasangan itu.

Ia dibimbangi mempengaruhi minat penonton untuk menyaksikan filem terbabit di pawagam.

Ditemui sewaktu sesi latihan teater Bahayanya Wanita yang mula dipentaskan di Istana Budaya, Jumaat lalu dan berlangsung hingga 31 Di–sember kelak, Lana ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya dengan kenyataan diberikan.

'Baju kurang kain saya simpan'

Perkenalan mereka hingga berputik rasa cinta cukup pantas.


Dalam tempoh tiga hari, Johan As’ari, 27, mengejutkan industri hiburan apabila ingin melamar Lana Nordin, 34, sebagai isteri sedangkan sebelum ini ramai yang menyangka Artis Baru Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH 2011 itu intim dengan Shila Amzah.

Picture
Lana Nordin buang tabiat lama, berubah bukan kerana Johan As’ari

Plot cerita bertambah menarik apabila dikatakan wujud perang dingin antara Shila dan Johan. Siri keterangan gambar di laman Instagram dan status yang dimuat naik di Twitter miliknya seakan mengesahkan ada sesuatu yang tak kena.

Dalam erti kata lain cinta seperti bertepuk sebelah tangan. Kena hentam Ramai juga yang pantas menghukum.

Johan dilihat seperti lelaki suci kerana sejarah dirinya manakala Lana pula yang selama ini terkenal dengan sensasi dan kontroversi termasuk berimej seksi sehingga pernah digelar Pamela Anderson Malaysia pula dianggap perempuan jahat.Itu barangkali hanya persepsi manusia.

Lana yang ditemui baru-baru ini ketika sibuk berlatih teater Bahayanya Wanita arahan Zamberi Shaari atau Bombay di Istana Budaya mengakui ada harga yang perlu dilakukannya apabila ditakdirkan bertemu dengan Johan.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.