Sekali lagi kekecohan berlaku di Dewan Rakyat apabila Datuk Seri Azalina Othman (BN - Penggerang) yang menemani isteri perdana menteri dalam lawatan ke Qatar menggunakan jet eksekutif swasta menjelaskan yang jemputan itu disampaikan kepada Datin Seri Rosmah Mansor atas kapasiti peribadinya dan bukan sebagai wakil kerajaan.
Tegasnya, mesyuarat Kabinet yang meluluskan lawatan itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukan suami Rosmah, Datuk Seri Najib Razak.