Gambar kekasih baru Jue Aziz, Syafiq Kyle

Picture
Syafiq menjelaskan hubungannya dengan pelakon Jue Aziz sekadar teman rapat.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Pelakon seksi dan menggoda, Jue Aziz atau Zuliana Abd Aziz, 30, didakwa sedang hangat bercinta dengan pelakon baru, Syafiq Kyle kerana dilihat sering keluar bersama di khalayak ramai.

Syafiq Kyle atau nama sebenarnya Syafiq Shamim Abdul Razak, 21, mengakui memang rapat dengan Jue Aziz namun mereka hanya kawan biasa dan tidak lebih dari itu.


Pelakon baharu Syafiq Kyle mengaku mempunyai hubungan rapat dengan aktres Jue Aziz dan tidak menolak gosip mereka pernah dilihat keluar bersama.

Bagaimanapun Syafiq atau nama sebenarnya Syafiq Shamim Abdul Razak, 21, berkata, hubungan berkenaan tidak lebih daripada seorang sahabat.

"Saya dengan dia (Jue) memang berkawan. Benar kami pernah keluar bersama dan perkenalan kami bermula selepas saya berkawan dengan pengurus peribadinya.

Saya dengan dia (Jue) memang berkawan. Benar kami pernah keluar bersama dan perkenalan kami bermula selepas saya berkawan dengan pengurus peribadinya. Saya rasa tidak ada apa-apa masalah pun dengan hubungan itu kerana kami hanyalah teman rapat.

Syafiq Kyle

PELAKON

"Saya rasa tidak ada apa-apa masalah pun dengan hubungan itu kerana kami hanyalah teman rapat," katanya. Baru-baru ini, Syafiq dikatakan sering keluar dengan Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz, 30.

Malah kedua-dua mereka saling memuatkan beberapa foto di dalam laman sosial Instagram.

Dalam pada itu Syafiq berharap para peminatnya tidak memberi pandangan negatif terhadap pengakuannya itu walaupun melihat mereka keluar bersama selepas ini.

Selain itu, Syafiq juga meminta agar diberi sedikit ruang untuk tidak terlalu berkongsi kisah peribadinya kepada umum sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti seni.


Dalam perkembangan lain, Syafiq kini masih sibuk dengan penggambaran drama Tanah Kubur selain menanti untuk tatangan telefilem untuk sambutan Hari Raya Aidiladha iaitu Kampungku Aidiladha.

Dia juga sibuk dengan rancangan Liga Lawak Superstar yang disiarkan setiap Ahad, pukul 9 malam di TV3.

Masih lagi baharu dalam industri lakonan, Syafiq gembira apabila penerbit drama amat menyenanginya dan sehingga kini dia sering menerima pelbagai tawaran lakonan.


"Alhamdulillah, saya masih lagi baru dan banyak perkara yang perlu dipelajari. Terus terang, saya memang tidak dikenali tetapi tawaran lakonan ada saja yang datang.

"Dan saya ambil peluang tawaran berlakon itu dengan mengasah bakat saya untuk menjadi lebih baik. Insya-Allah lakonan saya dapat diterima ramai," tuturnya.

Terdahulu, Jue dan Syafiq dikhabarkan sering keluar bersama selain kedua-duanya saling memuatkan beberapa foto di dalam laman sosial Instagram peribadi masing-masing.



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.