Kisah WANITA hebat Malaysia Nur Izzati CEO AKA Balloon Sdn Bhd

Picture
Nur Izzati teruskan legasi Nur Izzati yakin kejayaan yang diperoleh menjadi pemangkin buat adik-adiknya.

Kisah WANITA hebat Malaysia Nur Izzati CEO AKA Balloon Sdn Bhd

WANITA hebat ini memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia. Bukan setahun, bukan dua tahun… tetapi selama enam tahun berturut-turut beliau berjaya mengekalkan momentum sama, malah sentiasa mempertingkatkan usaha agar keunikan Malaysia terus diperkenalkan di persada dunia.


S
iapa dia? Personaliti cantik ini baru berusia 27 tahun namun jawatan disandang bukan untuk sembarangan orang. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat yang mempunyai 20 kakitangan, Nur Izzati Khairudin telah berhempas pulas memperjuangkan usahanya mengendalikan Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya menerusi syarikat AKA Balloon Sdn Bhd.

Melalui fiesta ini, orang ramai berpeluang menakluki Putrajaya dari atas dengan cara mengemudi belon udara panas pelbagai bentuk dan warna yang dibawakan dari serata dunia bernama Buzzy; belon raksasa hijau dan pasangan lebah (Bees) dari Amerika Syarikat; belon berbentuk kon ais krim dari Belgium dan belon bentuk hati didatangkan dari Taiwan.


Tidak ketinggalan, belon paling digemari tahun lalu dari Belgium yang menampilkan karakter daripada filem sains fiksyen popular, Star Wars iaitu Darth Vader. Fenomena pelbagai belon berterbangan di udara ini pastinya memberi keseronokan seisi keluarga yang datang mengunjungi Putrajaya.

IZZATI dan kakaknya, Atiqah bersama kru belon udara panas.
“Ia bukan tugas mudah. Pelbagai aspek teknikal perlu diambil berat dan diteliti. Tambahan pula, belon udara panas cuma boleh dinaikkan bergantung kepada cuaca. Banyak lagi aspek yang perlu diketengahkan, malah ia lebih mencabar kerana kerja berat sebegini tidak mudah bagi seorang wanita. Namun, dengan pendidikan yang elok dan sewajarnya, apa-apa sahaja pun dapat dilakukan, katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kalendar Acara 2014 oleh Perbadanan Putrajaya. Kebetulan, hari ini adalah hari terakhir fiesta yang bermula sejak 27 Mac lalu. Anda masih berpeluang mengikuti banyak program di Putrajaya.

http://beritaup2date.blogspot.com/Faktor umur yang masih muda tidak menampakkan halangan kepada wanita ini untuk terus beraksi cemerlang di dunia perniagaan.

Bukan tugas mudah

Berpeluang menemu bual Nur Izzati secara lebih dekat, bagi penulis, beliau seorang wanita yang mempunyai karektor. Senyumannya menawan, tingkah lakunya lembut dan bicaranya penuh karismatik.
Faktor umur yang masih muda tidak menampakkan halangan kepada wanita ini untuk terus beraksi cemerlang di dunia perniagaan. Buktinya, AKA Ballon Sdn Bhd turut  menawarkan penjualan belon udara panas kepada mana-mana syarikat korporat yang berminat serta menyediakan perkhidmatan mengendalikan dan menjaga belon udara panas itu bagi pihak korporat.

“Selain itu, kami juga memberi pengiklanan bagi syarikat yang ingin memperkenalkan produk mereka menerusi perkhidmatan belon udara panas. Paling penting, usaha kami tidak akan berhenti di sini sahaja,” katanya yang tidak menafikan menempuh pelbagai cabaran ketika mula-mula menceburi bidang ini.

“Saya masih ingat kata-kata Timbalan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) dari Jabatan Perkhidmatan Bandar, Datuk Abd Ghani Ahmad ketika meluluskan permohonan kami untuk menganjurkan porgram ini di Putrajaya.

“Ia dinilai sekadar program belon panas yang tak akan ke mana-mana. Tapi sekarang, ternyata program ini telah menjadi program di peringkat antarabangsa, dikenali dunia malah, dimasukkan ke dalam Kalendar Acara 2014 oleh Perbadanan Putrajaya,” katanya.

http://beritaup2date.blogspot.com/ Fiesta belon udara panas adalah salah satu daripada 88 acara yang berlangsung di Putrajaya sepanjang tahun.

Perintis fiesta


Diminta berkongsi rahsia mengenai pengalamannya menceburi bidang belon udara panas yang jarang atau mungkin belum pernah dipelopori wanita lain di Malaysia, Nur Izzati dengan rendah diri memberikan jawapan berikut:

“Saya tidak lagi berani berkata bahawa saya sudah berpengalaman, namun tahun ini merupakan tahun ke dua saya mengambil tanggungjawab sebagai CEO. InsyaAllah, dalam masa hadapan mungkin ini dapat dibuktikan tetapi hanya dengan usaha dan peningkatan kecemerlangan AKA Balloon Sdn Bhd melalui aneka jenis perkhidmatan,”  jawabnya tenang.

Menjadi perintis, atau satu-satunya program belon udara panas di Malaysia,  Nur Izzati telah membuktikan bahawa program yang dianggap mustahil ini boleh menjadi nyata meskipun mendapat halangan dan tentangan pelbagai pihak. Tanpa usaha keras dan sikap mudah mengaku kalah, ia tak mungkin berlaku.

Selain Perbadanan Putrajaya, pihak lain yang terlibat menjayakan program ini adalah Majlis Sukan Udara Malaysia (MSAF) dan para penaja dari syarikat korporat.


“AKA Balloon amat berbesar hati kerana diberi peluang sekali lagi mengadakan fiesta ini. Secara tidak langsung kami membantu meletakkan Putrajaya dalam peta antarabangsa sebagai destinasi wajib dikunjungi bagi acara belon udara panas,” kata  anak sulung daripada tiga beradik ini (dua perempuan dan satu lelaki).

http://beritaup2date.blogspot.com/ Izzati bersama adiknya, Atiqah Khairudin

Pengganti ayah


Meneruskan perniagaan yang merupakan legasi Allahyarham ayahnya, Kapten Khairudin Abdul Rani, Graduan ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) dari Sunway College ini rupa-rupanya mempunyai minat untuk menjadi seorang guru.

“Saya pernah menceburi bidang mengajar. Saya amat gemar apabila saya dapat memberi kaedah atau ilmu kepada adik-adik saya ketika mereka menyiapkan kerja sekolah. Saya pernah mengajar pelajar universiti jurusan akaun. Mungkin selepas saya berpencen, menjadi guru tuisyen?,” selorohnya.

Bercakap tentang keluarga, Nur Izzati mengakui Allahyarham ayah merupakan individu yang membawa beliau terjun ke bidang ini. Kapten Khairuddin banyak menolong beliau menghadapi cabaran dalam hidup seperti waktu belajar dan waktu awal menempuh kerjaya sebagai pelajar praktikal di firma akauntan.


“Allahyarham mencabar saya sebagai anak sulungnya untuk meneruskan perniagaan ini. Saya nekad untuk meneruskan kerana saya tahu dia akan berbangga. Bagi saya, ia cabaran kuat untuk ditempuhi. Suatu lagi cabaran ialah pembahagian masa antara kerjaya, antara menjadi suri rumah dan juga kakak kepada tiga adik saya yang berpotensi untuk menyambung legasi ini dalam hidup mereka,” kata Nur Izzati.

http://beritaup2date.blogspot.com/ Mengakui diperkenalkan kepada belon udara panas sejak kecil berdasarkan minat Allahyarham ayahnya yang belajar di United Kingdom, Nur Izzati berkata perniagaan ini diasaskan oleh ayahnya serta beberapa rakan kongsi.

Titik awal penglibatan

“Ia memberi suatu elemen luar biasa untuk mengadakan belon panas di acara-acara tertentu dan seterusnya, hasil usaha ayah serta kawan-kawannya, mereka berjaya mengadakan fiesta belon panas. Setelah itulah minat saya sudah pun terbenam pada belon udara panas.


“Di Eropah, penggunaan belon udara panas sangat terkenal berbanding di sini. Ramai orang tidak berapa mengetahui tentang belon udara panas. Kelebihan negara Khatulistiwa, di mana cuacanya memadai, saya percaya Malaysia juga berpotensi untuk berkembang dan menawarkan aktiviti-aktiviti hebat seperti ini,” katanya.

http://beritaup2date.blogspot.com/ Berkongsi tip pengendalian syarikat, Nur Izzati menasihati wanita di luar sana untuk mengunjurkan konsep komunikasi tanpa batasan dengan kakitangan syarikat anda.

Komunikasi tanpa batasan

"Kami akan berbincang tentang perkembangan terkini dari masa ke semasa. Ini untuk mengelakkan salah anggap terhadap satu sama lain. Ia juga membantu menyelesaikan masalah dalaman serta-merta.


Di samping menawarkan atau memonopoli bidang perniagaan baharu di Malaysia, beliau mencadangkan usahawanita untuk memastikan produk yang anda pilih mempunyai keistimewaan dan tarikan tersendiri.


“Produk kami sangat unik kerana kami adalah satu-satunya syarikat pengedar belon udara panas yang rasmi di Malaysia.

"Sebenarnya belon udara panas ini suatu aktiviti yang luar biasa dan kurang diberi perhatian, namun apabila belon ini berterbangan di ruang udara hati akan tertarik dan tidak mustahil akan menjadi aktiviti menarik,” katanya mengakhiri perbualan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.