23 Dikhuatiri Terkorban Selepas Bas Dua Tingkat Terbakar Di Bangkok

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Polis memeriksa bas dua tingkat yang terbakar dalam kejadian hari ini.
(📸 ©FOTO AFP )
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Tayar meletup punca bas 2 tingkat terbakar, 23 pelajar maut

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Anggota Keselematan memeriksa bas dua tingkat yang terbakar dalam kejadian hari ini.
(📸 ©REUTERS/Chalinee Thirasupa)
Bangkok: Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Diraja Thailand, Pol. Gen. Kittharath Punpetch mengesahkan bahawa bas yang membawa enam guru dan 39 pelajar itu dalam perjalanan pulang ke Uthai Thani sebelum terbakar di Jalan Vibhavadi Rangsit di Bangkok.

Berdasarkan keterangan saksi dan rakaman CCTV, kebakaran dipercayai tercetus akibat tayar meletup, kata Kittharath.

"Letupan itu dikatakan mencetuskan percikan api yang menyambar tangki gas, menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat ke seluruh bas.


"Polis mengutamakan usaha menyelamat dan memberi sokongan kepada pelajar serta keluarga yang terjejas. Mayat mangsa telah ditemukan, namun jumlah kematian yang tepat belum dapat disahkan kerana ada mangsa yang masih terperangkap di bawah tempat duduk.


"Pasukan penyelamat sedang menanggalkan tempat duduk dengan berhati-hati untuk mengeluarkan mayat," katanya dalam sidang media pada Selasa.

Pihak polis masih dalam proses mengenal pasti identiti mangsa, dengan tiga guru dan 20 pelajar masih belum dikesan, katanya.

"Pemandu bas dipercayai melarikan diri dari tempat kejadian. Polis sedang giat mengesan pemandu itu, dan syarikat bas bersama mana-mana individu yang bertanggungjawab boleh berdepan tindakan jika didapati cuai," katanya.

Kittharath turut memaklumkan bahawa kesemua mayat akan dihantar ke Institut Forensik di Hospital Besar Polis, dan sampel DNA akan diambil daripada waris bagi membantu proses pengecaman.

"Saya mengarahkan pasukan forensik untuk mempercepatkan proses pengecaman, dengan tujuan menyelesaikannya dalam tempoh dua hari supaya keluarga dapat mengadakan upacara pengebumian mengikut agama mereka," katanya.

Beliau menekankan bahawa siasatan akan dilakukan dengan teliti dan telus, tanpa sebarang maklumat disembunyikan daripada orang awam.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.