Pesawat MH122 dari Sydney ke KL berpatah balik kerana gangguan penumpang
Penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122 dari Sydney, Australia ke Kuala Lumpur tergendala apabila seorang lelaki mengancam kru dan penumpang pesawat berkenaan, tengah hari ini.The Sydney Morning Herald melaporkan pesawat itu yang sepatutnya berlepas jam 1.06 tengah hari tadi (waktu tempatan) terpaksa berpatah balik semasa berada di New South Wales sebelum mendarat di Lapangan Terbang Sydney.JUST IN : Flight MH122 returns to Sydney International Airport due to disruptive passenger onboard - @MAS
— Elill (@Elill_E) August 14, 2023
🔴 Local authorities currently assessing situation #MH122
pic.twitter.com/HD58aGXKrV
Menurut sumber daripada pelbagai lapangan terbang, sekurang-kurangnya 50 penerbangan masuk dan keluar terpaksa ditunda susulan kejadian itu.#MH122 Drop scene
— Muhammad Zubair (@chzaib) August 14, 2023
Every one off the plane.
Police told to leave all the belongings on plane #Sydney #SydneyAirport pic.twitter.com/akb3ce5ceO
Apabila berlaku kecemasan, penerbangan akan dihentikan sehingga menerima arahan kecemasan daripada pihak berkuasa. Pesawat itu berada di Lapangan Terbang Sydney, manakala penumpang akan dibenarkan keluar dari pedawat berkenaan selepas melalui proses pemeriksaan keselamatan.
Malaysia Airlines dalam kenyataan memaklumkan ketua penerbangan pesawat itu membuat keputusan untuk berpatah balik ke Sydney atas faktor keselamatan.This lunatic is getting aggressive & poor people on board are still waiting for security to get in and take him to Allah through the right process. #MH122 is taken hostage by this lunatic giving Billion of Muslims a bad name. 👎 #Sydney Airport is waiting for what?! pic.twitter.com/n9cdThn8ZJ
— Jawad Nazir ✈ (@jawadmnazir) August 14, 2023
"Pesawat itu membawa 194 penumpang dan lima anak kapal selamat mendarat jam 3.47 petang (waktu tempatan).
"Keselamatan dan keselesaan kru serta penumpang kami adalah paling penting bagi Malayisa Airlines," katanya.
Jurucakap Polis Persekutuan Australia (AFP) berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pihak lapangan terbang dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian.
Sementara itu, jurucakap Lapangan terbang Sydney, pihaknya membantu pihak berkuasa bagi menguruskan insiden berkenaan.
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date