Ibu kandung, kenalan wanita tomboy didakwa dera kanak-kanak

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Nurul Asyiqin (kanan) bersama Awin mengaku tidak bersalah atas dakwaan mendera kana-kanak berusia tujuh tahun di Johor bahru hari ini.
(📸 ©malaysiagazette​.com)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)




JOHOR BAHRU – Seorang ibu dan kenalan perempuannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Pasir Gudang antara 1 Julai hingga 9 Ogos lepas.

Kedua-dua suspek, Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27, dan Awin Chua, 30, tiba di mahkamah kira-kira pukul 8.45 pagi pagi untuk mendengar pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Fatimah Zahari.

Mangsa merupakan anak kandung kepada Nurul Asyiqin.

Sebelum ini, tular beberapa rakaman video dan gambar menunjukkan orang awam menyerbu sebuah rumah dipercayai bagi menyelamatkan kanak-kanak yang disyaki didera oleh ibu kandung dan seorang rakannya.

Sementara itu, pada Sabtu lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ibu mangsa berusia 27 tahun dan rakan perempuannya seorang warga asing berusia 30 tahun ditahan kerana disyaki mendera mangsa di sebuah rumah di Bandar Layang Kasa, Pasir Gudang.

Kamarul Zaman berkata, ibu kanak-kanak itu direman enam hari manakala rakannya direman tujuh hari bagi membantu sisatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mengikut kertas pertuduhan, bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan fizikal.

Manakala bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa niat bersama mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kandung Nurul Asyiqin ketika mangsa di bawah pemeliharaan mereka yang dilakukan di sebuah rumah dekat Jalan Wau Kikik 7, Bandar Layangkasa, Pasir Gudang.

Pendakwaan kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diyana Zubir menawarkan jaminan tinggi sebanyak RM30,000 terhadap setiap tertuduh dengan beberapa syarat tambahan termasuk dilarang menghampiri atau berhubung dengan mangsa.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Abd Rahim Ali yang bagaimanapun memohon jumlah jaminan yang lebih ringan memandangkan kedua-dua wanita itu masih belum didapati bersalah.

Mahkamah kemudian membenarkan Nurul Asyiqin diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin manakala Awin yang juga wanita berperwatakan lelaki itu dibenarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.

Sementara itu, hakim juga menetapkan syarat tambahan ikat jamin iaitu kedua-dua tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai dan diberi amaran supaya tidak boleh mengganggu mangsa.

Kes sebutan semula pada 27 September depan.

SOURCE: malaysiagazette​.com

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.