'Ayah beri dua gambar minta saya simpan' - Anak pemandu e-hailing

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Al-fatihah kepada pemandu Almera putih iaitu Sharipuddin Bin Shaari, terkorban akibat terhempas tepat pada kereta. Al-Fatihah 🤲🏻
(📸 ©Instagram Careta Malaysia)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Pemandu Grab Sharipuddin Shaari bawa keluarga berhijrah dari Perlis untuk cari rezeki.

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Allahyarham Sharipuddin.
(📸 ©kosmo.com.my)
"Dua minggu lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, ayah memberikan saya dua keping gambar yang sama dan menyuruh saya menyimpan sebagai kenangan," kata anak kepada pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipuddin Shaari, 53, yang maut dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, semalam.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Muhammad Sharul dan Nur Izzara menunjukkan gambar arwah ayah mereka yang diberi untuk disimpan, minggu lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Sepang.
(📸 ©Sinar Harian)
Muhammad Sharul Izuan, 16, berkata, ketika bapanya memberikan gambar itu, mereka sekeluarga terdiri daripada ibu, Suriana Muda, 43, dan adik bongsu, Nur Izzara Arissya,9, ada bersama dalam kereta.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Sharipuddin Shaari, 53 dipercayai pemandu e-hailing (Grab) yang kebetulan melalui lokasi kejadian.
(📸 ©Instagram Careta Malaysia)
"Saya tidak menyangka permintaannya menyuruh menyimpan gambar itu menjadi petanda ayah akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya," katanya ketika ditemui di Taman Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, hari ini.

Katanya, pagi semalam dia bertemu bapanya di luar rumah ketika arwah sedang memeriksa enjin kereta.

"Ayah tidak bercakap sepatah pun sebelum saya pergi ke sekolah menunggang motosikal bersendirian.

"Malam sebelumnya ayah beriya-iya menyuruh saya makan dan bersembang panjang kerana kami jarang bercakap kecuali ada perkara penting yang perlu dibincangkan.

"Petang semalam kira-kira jam 6 petang, anggota peronda polis datang ke rumah memaklumkan ayah terbabit kemalangan dan berita itu amat mengejutkan kami sekeluarga," katanya.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Anggota polis hadir ke kediaman keluarga Allahyarham Sharipuddin di Taman Desa Vista, Sepang bagi pemantauan terkini.
(📸 ©sinarharian.com.my)
Muhammad Sharul Izwan berkata, kali terakhir bapanya menghubungi ibu pada 2.15 petang semalam ketika sedang berehat di sebuah restoran dan memaklumkan berada di sekitar Elmina untuk mengambil pelanggan dan pulang awal selepas selesai bekerja.

Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Salak Tinggi berkata, sebelum ini mereka sekeluarga tinggal di Arau, Perlis dan berpindah menyewa di taman itu sejak hujung tahun lalu.

"Pemergian ayah sangat mengejutkan kami sekeluarga kerana arwah seorang yang penyayang namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT," katanya.

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.