Norhikmah berkata, dia sekeluarga ketika ini masih menunggu prosedur bedah siasat hospital.
"Kami sekeluarga dimaklumkan pengecaman jenazah abang, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, sukar dilakukan kerana wajahnya kurang sempurna, tetapi dikatakan anggota badan masih lengkap.
"Setakat ini, ibu, abah dan abang saya lagi seorang sudah memberikan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada jam 3.45 pagi tadi. Ia bagi membolehkan proses bedah siasat dimulakan.
"Mereka ketika ini, berada di auditorium hospital (Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor) bersama waris mangsa yang lain untuk mendengar taklimat daripada pihak berkaitan," katanya kepada BH, hari ini.
Muhamad Hafiz adalah pekerja p-hailing yang kebetulan lalu di lokasi kejadian dan menjadi antara 10 mangsa yang maut akibat insiden pesawat terhempas di Bandar Elmina dekat Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 2.40 petang semalam.
Jet peribadi itu berlepas dari Langkawi, Kedah dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, pada jam 2.50 petang, namun terhempas dua minit sebelum waktu pendaratan.
SOURCE: Berita Harian
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date