Misbun akhirnya bersuara dan tidak pernah setuju dengan penamatan kontrak, Apa Sudah Jadi BAM?. (Foto ©AdamZamri)
Saya tak pernah bersetuju dengan keputusan ini. Ini bukan keputusan atas persetujuan bersama - Datuk Misbun Sidek
Datuk Misbun Sidek tampil memperbetulkan kenyataan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kelmarin dengan menegaskan dia tidak menamatkan kontraknya secara persetujuan bersama, sebaliknya dipecat.
Misbun akhirnya bersuara dan tidak pernah setuju dengan penamatan kontrak, Apa Sudah Jadi BAM?
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 31, 2023
Laporan penuh dalam Nadi Arena jam 7.00 Malam Ini!
🔥🔥🔥#NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/rPy2cUtXyr
'Semua keputusan sudah diatur' - Misbun
Bekas Pengarah Pembangunan Remaja Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek mendakwa kenyataan yang diberikan oleh badan induk itu bercanggah dengan apa yang mereka maklumkan kepada media sebelum ini.
Misbun dalam satu sidang media khas di sini hari ini memaklumkan, dia diberhentikan tanpa sebarang pembelaan dan bukan tanpa persetujuan bersama.
"Semua keputusan sudah diatur. Kata saya terima tapi sebenarnya tidak. Padahal ia tidak diulas atau dibentang secara keseluruhan.
"Sebab masa mesyuarat tempoh hari, saya dipanggil dan dimaklumkan bahawa 'saya tidak lagi perlu datang kerja esok' dan diberhenti serta merta atas alasan tidak berjaya.
"Rasa terkilan dan kecewa. Sekarang tiada sebarang pembelaan yang saya boleh buat.
"Apa salahnya jika mereka bagi saya peluang teruskan hingga ke Kejohanan Dunia. Tinggal beberapa bulan lagi. Tapi saya tak diberi peluang untuk bercakap dan runding," katanya.
Malah tegas Misbun, beliau kini seperti dipersalahkan di atas semua kegagalan Kejohanan Badminton Remaja Asia yang berlangsung di Jogjakarta, Indonesia, padahal beliau hanya bertanggungjawab terhadap pemain perseorangan.
"Kenapa pula saya menjadi sasaran di atas kegagalan keseluruhan pasukan. Walhal saya hanya jaga single (perseorangan).
"Kenapa pula saya jadi sasaran. Beregu pun tak berjaya," katanya.
"Kalau mereka kata modul saya outdated (ketinggalan zaman) tapi saya dah buktikan saya lahirkan tiga pemain nombor satu dunia (Datuk Lee Chong Wei, Roslin Hashim dan Wong Choong Hann).
"Saya guna modul yang sama," katanya.
Tambahnya lagi, tahap keberkesanan programnya seolah-olah dilihat tidak berkesan sebab sering diganggu oleh pihak pengurusan (BAM).
Terdahulu BAM dalam satu sidang media memaklumkan bahawa Misbun, 63 tahun mencapai persetujuan bersama BAM untuk menamatkan kontraknya yang sepatutnya berakhir pada Disember sebagai mengambil tanggungjawab kegagalan skuad badminton negara di Kejohanan Badminton Remaja Asia yang berlangsung di Jogjakarta, Indonesia awal bulan ini.
Skuad negara terkandas di peringkat suku akhir di saingan berpasukan campuran, sementara tiada satu wakil negara berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara individu.
Ia adalah kegagalan kedua skuad remaja negara di bawah kendalian Misbun selepas prestasi kurang memberangsangkan ditampilkan ketika menyertai Kejohanan Badminton Remaja Dunia yang berlangsung di Santander, Sepanyol tahun lalu.
SOURCE: Astro Arena
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date