Guru meninggal dunia kerana strok akibat kerja lebih masa, keluarga menang tuntut pampasan RM2.7 juta

Sedih tengok kisah cikgu ni dianiaya, syukur keadilan berjaya ditegakkan.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



MAHKAMAH di Toyama, Jepun pada Rabu memerintahkan pihak berkuasa tempatan Toyama dan Namerikawa membayar pampasan berjumlah 83 juta yen (RM2.7 juta) kepada keluarga seorang guru sekolah yang meninggal dunia pada 2016 akibat strok, selepas bekerja lebih masa.

Isteri dan dua anak guru tersebut memfailkan tuntutan mahkamah pada Oktober 2019 dan meminta pampasan kira-kira 100 juta yen (RM3.3 juta) kerana mendakwa pentadbiran tempatan gagal menguruskan waktu kerja dengan betul.

Menurut saman tersebut, guru berkenaan mengajar subjek Sains di sebuah sekolah menengah rendah di Namerikawa.

Selain itu, dia juga ialah guru kelas serta bertanggungjawab mengendalikan kelab tenis sekolah tersebut.

Pada Julai 2016, dia mengalami pendarahan dalam otak dan meninggal dunia 18 hari kemudian pada bulan Ogos, pada usia 40an.


Dia bekerja lebih masa 137 jam pada bulan berkenaan sebelum diserang strok dan meninggal dunia.

SOURCE: Mainichi

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.