Tular di media sosial video seorang lelaki dipercayai mendera wanita yang dipercayai isterinya di hadapan anak perempuan mereka di sebuah rumah.
Berdasarkan video berdurasi satu minit itu menunjukkan, suspek yang tidak memakai baju, menarik tudung mangsa yang duduk di lantai sebelum diheret masuk ke bahagian dapur.
Suspek kemudian memukul dan menyepak kepala mangsa beberapa kali. Wanita terbabit tidak berdaya untuk melawan dan hanya mampu menahan kepalanya daripada terus diserang.
Sementara itu, anak mangsa yang menyaksikan kejadian itu juga menangis ketakutan. Turut berada di tempat kejadian, dua individu dewasa termasuk perakam video yang tidak menghalang perbuatan suspek.
Menurut sumber, suspek merupakan bekas suami kepada seorang penyanyi.
"Saya yang post video ini. Dia isteri yang baik tetapi suami dia panas baran yang melampau sangat-sangat. Silap sikit akan kena bantai. Dia dengan anak dia dikurung da kena pukul kalau tersilap.
"Anak itu adalah anak yatim gais. Anak dengan suami lama. Yang pakai tudung itu adalah orang gaji yang kena bantai juga.
"Report polis dan doktor telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur. Tetapi mangsa terlalu takut dan tengah sakit sebab dihentak di kepala, didera separuh mati.
"Cuma semua tak dapat direkod. Alhamdulillah, Allah bagi peluang juga rekod dan lari," kata sumber.
Setakat ini masih belum diketahui punca sebenar kejadian dan netizen berharap pihak berkuasa menyiasat dan menahan suspek untuk tindakan lanjut.
Sumber: Kosmo
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date