Pelawak Hamid Gurkha Meninggal Dunia

Arwah Hamid dilaporkan meninggal dunia di HTAR pada jam 2.19 petang Selasa. - Foto Astro AWANI

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Seniman Negara Pelakon, pelawak Hamid Gurkha sudah tiada

KUALA LUMPUR: Pelakon komedi Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain, pada jam 2.19 petang ini.

Picture
Allahyarham Hamid meninggal dunia akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain selepas enam hari dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. - NSTP/Faiz Anuar

Arwah dimasukkan ke hospital enam hari lalu, namun keluarganya menafikan arwah dalam keadaan tenat sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).


Sebelum ini, Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman dilaporkan hanya mampu terlantar atas katil selepas dijangkiti COVID-19 pada Februari lalu.

Picture
Allahyarham Hamid bersama isterinya, Timah mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957. - NSTP/Faiz Anuar

Bintang yang dikenali menerusi komedi, Panglima Badol yang diterbitkan pada 1978, dilaporkan tidak pernah menghidap penyakit kronik, sebaliknya hanya masalah pendengaran disebabkan keadaannya yang semakin uzur pada usia menginjak 90 tahun.



Beliau juga pernah membintangi filem Gila-gila, Sikit Punya Gila, Ragam Pemandu dan Zombie Kampung Pisang.

Picture
Hamid Gurkha mula dikenali melalui filem Panglima Badol pada 1978 dan masih aktif dalam bidang seni mempunyai lapan cahaya mata, 32 cucu dan 18 cicit. (Gambar Facebook)

Hamid mendirikan rumah tangga pdengan Timah Abdul Hamid, 80 pada April 1957 dan dikurniakan lapan cahaya mata.


Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.

SOURCE: AWANI

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.