(Video) Isteri & anak maut dikelar, suami lari dalam keadaan bogel berjaya ditahan

Dua beranak itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di hadapan rumah dengan kesan kelaran di leher dipercayai dikelar oleh suami mangsa yang telah melarikan diri sejurus selepas kejadian itu berlaku.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Seorang wanita dan bayinya berusia dua bulan ditemui tidak bernyawa, dipercayai dikelar oleh suaminya sendiri dalam kejadian di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, tengah hari tadi.

Bapa mangsa, Rosman Ahmad, 58, berkata, dia dimaklumkan oleh anak sulungnya mengenai anak ketiganya, Hajar Nursyahirin, 26, lalu bergegas ke lokasi dan mendapati anak perempuannya terbaring di depan pintu rumah dengan kesan luka di leher akibat dikelar.


Cucunya lelakinya ditemui di sisi Hajar Nursyahirin, turut mengalami luka akibat kelaran di bahagian leher.



"Apabila saya sampai, anak pertama dan kedua sudah ada di rumah keluarga suspek. Saya lihat anak perempuan terbaring depan pintu rumah dengan luka di leher macam dikelar. Cucu lelaki saya, juga terdapat luka di leher dan ketika itu ada jururawat sedang mengendongnya.

"Tetapi saya difahamkan cucu saya ditemui di sisi ibunya," katanya.


Hajar Nursyahirin dan bayinya, Hans Mohd Thakif Amir disahkan meninggal dunia, dipercayai telah dikelar oleh suaminya, Amir Adam, 25, yang melarikan diri selepas kejadian itu dengan menaiki motosikal dalam keadaan berbogel.



Turut tular di media sosial video dan gambar seorang lelaki dipercayai suspek dalam kes pembunuhan mengerikan itu.



Menurut Rosman, anak dan menantunya itu dijadualkan bersanding pada 24 Julai ini, memandangkan mereka tidak dapat berbuat demikian selepas bernikah tahun lalu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Persiapan untuk majlis tersebut juga telah siap dan mereka hanya menunggu kedatangan hari bahagia itu.


Jelas Rosman, hubungan pasangan itu bahagia dan tiada masalah, malah dia tidak pernah mendengar mereka bergaduh dan menantunya bukan seorang yang panas baran. Hanya kebelakangan ini, menantunya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu. Rosman tidak menafikan Amir mungkin menghadapi masalah di tempat kerja.

Sebelum ini, suspek dikatakan melakukan kerja pembersihan di stadium dan berhenti tidak beberapa lama kemudian. Suspek kemudian melakukan kerja mencuci kapal secara sambilan di Pasir Gudang dan membantu membuat kerja-kerja penyediaan makanan.

Isteri Rosman, Norazlina Hamdan, 50, berkata, mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku kerana menganggap menantunya juga anak yang baik. Anaknya, Hajar Nursyahirin, tidak pernah mengadu masalah kewangan dan sekiranya menghadapi masalah, dia hanya banyak bercerita dengan adik beradiknya sahaja



"Saya tidak menyangka perkara ini boleh berlaku kerana sudah kenal menantu lama dan mereka baik," katanya.

Jenazah dua beranak itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tindakan lanjut dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, esok.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, suspek berjaya ditahan di kawasan Permas Jaya.


Suspek ditahan dalam keadaan berbogel seperti yang tular di media sosial dan turut dirampas sebilah pisau pemotong daging dan motosikal yang digunakan suspek.






Sumber: Harian Metro

SOURCE: TR

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.