Gadis memasak di awal pagi, ditampar oleh rakan serumah yang tidak puas hati
Tular di media sosial video seorang wanita yang sedang memasak di dapur seawal jam 5 pagi ditampar oleh rakan serumahnya kerana bengang waktu tidurnya terganggu.Menurut mangsa, Vestene Wong berkata, kejadian itu berlaku pada Ahad, 5 Mac lalu di mana dia perlu bangun awal untuk menyediakan bekalan makanan yang akan dibawa bersama semasa melakukan aktiviti mendaki.
Difahamkan, Vestene tinggal bersama tiga penyewa lain iaitu dua penyewa lelaki di tingkat atas dan dia serta seorang lagi penyewa tinggal di tingkat bawah.
"Saya ada plan nak pergi mendaki bersama kawan. Jadi saya pergi ke dapur untuk menyediakan bekalan makanan pada jam 5 pagi. Kurang dari 10 minit berada di dapur, dia (rakan serumah) datang ke dapur terus menampar muka saya kerana bunyi bising di dapur telah menyebabkan dia terjaga dari tidur.
"Dalam nada yang marah, dia menjerit dan melemparkan kata-kata kesat. Selain itu dia turut menyindir saya kenapa tak bawa dapur memasak itu ke ruang tamu.
"Saya terkejut, setahu saya dapur itu adalah ruang yang bebas digunakan oleh mana-mana penyewa. Lagipun itu kali pertama saya menggunakan dapur di awal pagi. Saya juga bertanya kepada pemilik rumah yang mengesahkan, tiada larangan menggunakan ruang dapur," katanya.
Kesal dengan tindakan rakan serumahnya itu, mangsa menegaskan dia akan membuat laporan polis. Enggan mengaku kalah, wanita itu pula dengan angkuh berkata dia tidak akan didakwa kerana dia akan meminta bantuan dari peguam, malah akan menyaman mangsa kerana dia menghidap Anxiety.
Pada hari yang sama mangsa tampil ke balai polis untuk membuat laporan. Rakan serumahnya turut hadir ke balai yang sama dengan membawa pil tidak berlabel, kononnya itu adalah pil untuk pesakit Anxiety. Ketika disoal oleh sarjan yang bertugas sama ada dia mempunyai kad khas bagi menunjukkan dia menghidap penyakit itu, dia gagal berbuat demikian dengan alasan Anxiety yang dihidapinya itu tidak begitu serius.
Sarjan berkenaan kemudian menuntut wanita itu memohon maaf kepada Vestene. Dia akur tetapi dengan cara yang tidak ikhlas.
"Saya bersedia untuk memohon maaf tetapi itu hal lain. Ya saya salah, tetapi dia juga tidak bertimbang rasa," katanya.
"Secara jujurnya itulah permohonan maaf yang paling tidak ikhlas yang pernah saya terima. Saya malas nak membuang masa bercakap dengan orang yang tidak beradab. Saya terus balik.
"Tak sangka, dah tahun 2022 masih ada kejadian seperti ini berlaku. Saya faham, mungkin saya perlu memaklumkan kepada dia terlebih dahulu sebelum menggunakan dapur itu pada awal pagi. Ini pun kali pertama saya masak seawal jam 5 pagi dan dia pula memilih untuk tinggal di bilik yang berhadapan dengan dapur.
"Buat masa ini saya masih tinggal di rumah itu kerana ini adalah bulan terakhir saya menyewa di sini. Saya masih takut, saya harap dia tidak akan menyakiti saya," katanya.
Sumber: Facebook Vestene Wong
SOURCE: TR
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date