[5 FOTO] IKEA Rusia Sesak, Penduduk Tempatan Berpusu Buat Pembelian Terakhir Sebelum Operasi Ditamatkan

Ikea tutup 17 cawangan di Rusia susulan serangan negara itu ke atas Ukraine.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Ikea tutup 17 cawangan di Rusia susulan serangan negara itu ke atas Ukraine.

SUSULAN serangan ke atas Ukraine, syarikat-syarikat gergasi dunia mula menamatkan perkhidmatan dan jualan di Rusia.



Terbaru, syarikat perabot terkemuka dari Sweden, IKEA turut mengambil langkah yang sama dengan menutup 17 cawangannya di negara itu setelah 22 tahun beroperasi.

Picture
Gambar dan foto yang memaparkan orang ramai menyerbu bilik pameran perabot itu menjadi tular di laman sosial Twitter.

Picture
Seorang wanita memeluk patung mainan di IKEA Novosibirsk.

Rakyat Rusia dilihat berpusu-pusu membuat pembelian terakhir di seluruh cawangan kedai perabot berkenaan.

Picture
Pemilik jenama IKEA, Inter IKEA Group dan pemilik/pengendali kedai Ingka Holding berkata dalam satu kenyataan bersama bahawa perang di Ukraine telah memberi kesan besar kepada manusia dan juga mengakibatkan gangguan serius kepada rantaian bekalan dan keadaan perdagangan.

Picture
Keadaan di IKEA Moscow.

"Atas semua sebab ini, kumpulan syarikat telah memutuskan untuk menghentikan sementara operasi IKEA di Rusia," kata mereka.


Susulan tindakan itu, dilaporkan seramai 15,000 pekerja terjejas.

Picture
Situasi pelanggan membuat pembelian saat akhir di IKEA St Petersburg.

IKEA membuka cawangan di Rusia pada tahun 2000 iaitu sembilan tahun selepas kejatuhan Kesatuan Soviet. Dalam tempoh 22 tahun ia telah berkembang menjadi majikan terbesar di negara itu.

Terdahulu, selain IKEA, beberapa syarikat lain mengambil langkah yang sama iaitu H&M, Burberry, Spotify, Jaguar, Land Rover, HSBC, BP dan Shell. Manakala Mastercard dan Visa menyekat sistem pembayarannya di Rusia.

Picture
Formula 1 dilaporkan telah menamatkan kontraknya dengan Grand Prix Rusia beberapa hari selepas mengumumkan pembatalan perlumbaan edisi tahun ini.

Picture
Apple pula telah menghentikan sementara jualan produk di Rusia walaupun aplikasi Apple App Store tetap dibuka.

Dalam pada itu, Google pula telah menyekat aplikasi mudah alih yang disambungkan kepada penyiar Rusia RT dan Sputnik daripada Google Play untuk mengalih keluar penerbit negara Rusia daripada ciri berkaitan beritanya termasuk di YouTube.

SOURCE: SP

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.