Rakthewa Khapim-udomlarp, 48, isterinya dan dua anak lelaki mereka, bersama poster dipasang di luar rumah dengan menawarkan untuk menjual mata dan buah pinggang mereka. - Gambar agensi
Tawar organ ahli keluarga selepas rumah dan tanah disita
Seorang kakitangan sebuah majlis tempatan menawarkan menjual mata dan buah pinggang anggota keluarganya bagi mendapatkan wang selepas rumah dan tanahnya disita, susulan menjadi penjamin kepada rakan untuk membeli traktor.Rakthewa Khapim-udomlarp, 48, kakitangan pentadbiran di daerah Khemarat, Ubon Ratchathani, Thailand, menjadi penjamin kepada isteri seorang pegawai polis untuk membeli sebuah traktor berharga 860,000 baht, tetapi wanita itu gagal membayar pinjaman.
Rakthewa, isteri dan dua anak lelakinya ditemui pemberita ketika berjalan kaki sejauh 100 kilometer dari rumah mereka hari ini ketika hujan lebat, menuju ke pusat bandar wilayah Ubon Ratchathani. Mereka merancang bertemu Perdana Menteri Prayut Chan-O-cha yang dijadual melawat bandar itu esok.
Ketika dalam perjalanan itu mereka mendapat sokongan moral penduduk yang keluar beramai-ramai memberi semangat, setelah mengetahui masalah yang dihadapi.
Keluarga itu sebelum ini memasang 2 notis di depan rumah mereka di Kham Pom, menawarkan untuk menjual mata dan buah pinggang keempat-empat mereka bagi mendapatkan wang menyelamatkan rumah mereka dan 9 rai tanah pertanian, lapor media Thailand.
Hartanah dan kediaman itu dirampas jabatan undang-undang pusat pentadbiran wilayah berkenaan dan akan dilelong.
Rakthewa, menandatangani perjanjian menjadi penjamin bagi pembelian traktor pertanian, tetapi wanita berkenaan gagal membayar ansuran bulanan serta faedah yang dikenakan menyebabkan dia dipertanggungjawabkan ke atas hutang itu.
Menurutnya dia dan keluarganya sangat tertekan dan bimbang kehilangan rumah dan mata pencarian mereka.
Dalam keadaan putus asa, keluarga itu memutuskan untuk menjual mata dan buah pinggang atau organ lain, sebagai ganti 860,725 baht yang diperlukan untuk membeli kembali rumah dan ladangnya. – Agensi
SOURCE: Agendaily
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.