Pfizer kata keberkesan vaksin pada kanak-kanak 5-11 tahun capai 90%

Picture
Amerika Syarikat mengumumkan untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. - Gambar Getty

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Keberkesanan vaksin Covid-19 Pfizer mencapai lebih 90 peratus menghalang gejala jangkitan terhadap kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun, kata pengeluar ubat-ubatan itu dalam satu dokumen yang diterbitkan pada Jumaat.

Data baharu itu disiarkan dalam laman sesawang Pentadbir Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) yang meminta panel bebas mengadakan pertemuan pada Selasa untuk memutuskan sama ada memberi kebenaran suntikan vaksin kepada kumpulan umur berkenaan.


Kadar keberkesanan itu diperoleh hasil kajian ke atas 2,250 peserta, dengan data terkumpul hingga 8 Oktober, ketika kebanyakan jangkitan berlaku sewaktu varian Delta mendominasi penularan Covid-19 di AS dan perigkat global.


“VE (keberkesanan vaksin) terhadap gejala Covid-19 yang disahkan oleh makmal bermula sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dos kedua diberikan kepada peserta tanpa wujudnya jangkitan Sars-CoV-2 sebanyak 90.7 peratus,” kata dokumen itu.

Tidak ada kes miokarditis atau perikarditis (radang jantung atau radang di sekitar jantung) – tetapi tidak ada cukup sukarelawan kajian yang boleh menampakkan kesan sampingan yang sangat jarang berlaku, dan remaja lelaki dianggap sebagai kumpulan berisiko tinggi.


Ini adalah kali pertama Pfizer mengeluarkan anggaran keberkesanan vaksin terhadap kanak-kanak dalam usia berkenaan.

Kenyataan media Pfizer sebelum ini hanya mengatakan bahawa suntikan vaksinnya menghasilkan tindak balas imun yang kuat.

Ujian terhadap kumpulan usia berkenaan mengandungi 10 mikrogram vaksin, berbanding kumpulan umur yang lebih tua telah menerima 30 mikrogram.


Terdahulu, White House mendedahkan rancangan melaksanakan suntikan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, dan sedang menunggu kelulusan (FDA) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Pentadbiran Presiden AS, Joe Biden, mengumumkan jika vaksin dibenarkan untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun, ia akan diedar secepat mungkin dan tersedia dengan mudah serta adil kepada keluarga di seluruh negara.

Ketika ini, vaksin Pfizer-BioNTech diberikan kelulusan penuh untuk disuntik pada individu berusia 16 tahun dan ke atas termasuk kegunaan kecemasan dari FDA bagi kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun. – Agensi

SOURCE: agendadaily

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.