Pemenang pingat kejohanan dunia ditembak mati

Picture
QUINONEZ ketika meraikan kejayaan meraih gangsa di Kejohanan Dunia 2019 di Doha. FOTO AFP

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Quito: Pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2019, Alex Quinonez ditembak mati di bandar pelabuhan Guayaquil di Ecuador dan perkara itu disahkan Kementerian Sukan negara berkenaan.

Menurut pihak polis, Quinonez, 32, yang meraih gangsa dalam acara 200 meter ditemui mati bersama seorang lagi individu lewat malam waktu tempatan.


"Dengan penuh rasa sedih, kami mengesahkan pembunuhan yang membabitkan atlet, Alex Quinonez.

Picture
Alex Quinonez dari Ecuador meraikan gangsa di final 200 Meter Lelaki pada hari kelima Kejohanan Atletik Dunia IAAF ke-17 Doha 2019. Foto oleh Alexander Hassenstein / Getty Images untuk IAAF.

"Kami kehilangan seorang atlet yang hebat, seseorang yang membuktikan impian boleh digapai, dia adalah pelari pecut terbilang dilahirkan di negara ini," kata kementerian berkenaan di Twitter.


Quinonez yang tidak menyertai Olimpik Tokyo akibat digantung kerana melanggar peraturan tidak dibenarkan keluar dari tempat tinggalnya, juga turut dihormati oleh Presiden Ecuador, Guillermo Lasso.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang, moga rohnya aman. Mereka yang menyebabkan kematian ini tidak akan terlepas. Kami akan mengambil tindakan yang keras," kata Lasso.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.