Bayi kembar 9 semakin sihat

Picture
Bayi-bayi tersebut terdiri daripada empat lelaki dan lima perempuan. – The Sun

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


RABAT, MAGHRIBI – Bayi kembar sembilan dari Mali, Afrika Barat yang dilahirkan di Maghribi pada Mei lalu dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan akan pulang ke rumah bersama ibu bapa mereka tidak lama lagi, lapor akhbar The Sun semalam.

Picture
Halima Cisse, 26, (kiri) bergambar buat pertama kali bersama suaminya Kader Arby, 35, (kanan) dan 9 bayi mereka di Maghribi

Bayi-bayi yang terdiri daripada empat lelaki dan lima perempuan itu dilahirkan menerusi prosedur pembedahan dan mempunyai berat sehingga 998 gram setiap seorang ketika dilahirkan.


Mereka menerima penjagaan rapi sepanjang masa oleh sepasukan empat jururawat bersama ibu, Halima Arby-Cisse, 26 dan bapa, Kader, 35.

Pasangan suami isteri tersebut turut mempunyai seorang anak perempuan yang berusia dua tahun.


Mereka diterbangkan dari Mali ke Maghribi sebelum ini bagi membolehkan kesemua bayi dilahirkan dalam keadaan selamat menggunakan kemudahan yang disediakan.

Sejak itu, kos penjagaan mereka yang ditanggung oleh kerajaan Mali adalah berjumlah £1 juta (RM5.7 juta).


“Kesemua bayi kami amat sihat dan kami berasa gembira dapat menjaga mereka.

“Mereka semakin kuat setiap hari dan tidak akan memerlukan rawatan tidak lama lagi. Jadi, kami boleh membawa mereka pulang,” kata Kader. – AGENSI

SOURCE: Kosmo!

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.