Rogol bukan lawak: Pandelela dedah jurulatih terpalit kes rogol 'dilindungi'
Pandelela Dedah Jurulatih Buat Lawak Lucah Terlepas Dakwaan Rogol Kerana ‘Ada Kabel’
KUCHING: Ratu terjun negara, Dato Pandelela Rinong (gambar) mendedahkan beliau pernah ada pengalaman dengan jurulatihnya yang gemar membuat lawak lucah.“Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol,” tulisnya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.
Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol. #rapejokeisnotfunny
— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) October 21, 2021
Menerusi ‘tandapagar’ #rapejokeisnotfunny beliau menyambung perkongsiannya itu selang beberapa minit menerusi ciapan balas: “Tapi paling sedih dalam 7 tahun tu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab backup besar dia adalah head coach kami sendiri.”
PANDELELA: Paling sedih, dalam tujuh tahun itu dia buat hal setiap tahun, tetapi kami atlet tidak boleh buat apa. - Gambar fail
Bagaimanapun beliau dengan segera menulis ciapan balas yang menyatakan beliau dan rakan-rakannya bernasib baik kerana dilindungi oleh persatuan sukan mereka.
Situasi ini telah berakhir, katanya.
“Kadang-kadang jangan terlalu menyanjung seseorang berdasarkan pencapaian beliau, tanpa periksa dahulu peribadinya.
“Pengajarannya, kita memerlukan pemimpin yang baik yang dapat memperbaiki apa yang salah dan bukannya menutup mata terhadap kejahatan, dan mereka yang dianiaya mesti bersuara! Suara kecil tetap penting sekiranya kita bersatu,” tulisnya.
Pandelela turut menegaskan bahawa pendedahan ini adalah kisah lama sambil menyatakan Khairy Jamaluddin yang pada ketika itu merupakan Menteri Belia dan Sukan membantu mereka dalam situasi berkenaan.
Khairy yang kini merupakan Menteri Kesihatan turut membalas ciapan ini dengan menyatakan penghargaan kepada Pandelela kerana menyuarakan masalah dihadapi mereka.
Thanks for speaking out, Lela. There are still sports journalists who criticise the decision that we made to shake up Malaysian diving in light of these allegations a few years ago. I would make the same decision every single time.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 21, 2021
“Masih ada wartawan sukan mengkritik keputusan yang kami lakukan ke atas sukan terjun Malaysia susulan dakwaan ini (lawak lucah) beberapa tahun lepas,” katanya.
SOURCE: Utusan Borneo
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date