Lelaki rogol anak perempuan 11 tahun setelah pakar fengshui suruh lakukan hubungan seks dengan perawan bagi elak kecelakaan
SEORANG pembantu kedai warga Singapura diberitahu oleh seorang pakar fengshui di Malaysia bahawa dia akan menghadapi kecelakaan yang mengancam nyawa yang hanya dapat dielakkan jika dia melakukan hubungan seks dengan seorang perawan.
Pakar fengshui itu menawarkan untuk membantunya mendapatkan anak dara dengan harga RM2,000 ($650), tetapi lelaki itu memutuskan melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya sendiri yang berusia 11 tahun.
Lelaki itu, yang kini berusia 50 tahun, dihukum penjara 23 tahun pada Isnin (18 Okt) setelah dia mengaku bersalah atas satu tuduhan rogol berkanun dan satu tuduhan serangan seksual menerusi penetrasi.
Kesalahan itu dilakukan antara Oktober dengan Disember 2018.
Hukuman itu termasuk tambahan masa penjara sebagai ganti hukuman sebat, kerana dia tidak boleh dirotan disebabkan usianya.
Hakim Pang Khang Chau setuju dengan pendakwa raya bahawa kesalahan itu dirancang terlebih dahulu, kerana lelaki itu melakukannya menyusuli nasihat pakar fengshui itu pada September 2018.
Hakim Pang berkata lelaki itu juga telah menunggu isteri dan anak perempuannya yang lebih tua meninggalkan rumah sebelum menganiaya mangsa.
Tujuh tuduhan lain, termasuk enam tuduhan mencabul kehormatan, diambil dalam pertimbangan.
Lelaki itu tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti mangsa, yang kini berusia 14 tahun.
SOURCE: BH
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.