Kontrak Sabin Samitah sebagai CEO LHDN ditamatkan

Picture
Pemendekan kontrak beliau berkuat kuasa esok bagi membolehkan Sabin menceburi bidang lain bersesuaian minatnya.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Kerajaan pecat CEO LHDN

Kerajaan memendekkan kontrak perkhidmatan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga (CEO) Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabin bin Samitah, berkuat kuasa 19 Oktober 2021.

Picture
CEO LHDN ditamatkan kontrak ketika kes Najib masih berjalan

LHDN berkata pemendekan kontrak perkhidmatan tersebut adalah bagi membolehkan beliau menceburi bidang lain yang bersesuaian dengan minat beliau.

“LHDN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sabin bin Samitah atas sumbangan bakti selama beliau berkhidmat di LHDN dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” kata LHDN dalam satu kenyataan hari ini.


Sabin dilantik sebagai CEO LHDN ketika pentadbiran Najib Razak, namun baru-baru ini menjadi sasaran bekas perdana menteri itu yang menuduh beliau menyalahgunakan kuasa.

Picture
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Sabin Samitah telah memaklumkan kepada pengurusan tertinggi LHDN mengenai peletakan jawatannya. (Gambar Bernama)

Bulan lalu, Najib membuat laporan polis terhadap Sabin, mengatakan beliau memiliki bukti “ahli politik tertentu” menjadi dalang di sebalik tindakan LHDN terhadap beliau berhubung tunggakan cukai bernilai RM1.7 bilion.


“Beliau sudah maklumkan peletakan jawatannya kepada pengurusan kanan LHDN.”

Alasan di sebalik peletakan jawatan yang didakwa itu belum jelas, namun ia berlatarkan dakwaan salah guna kuasa terhadap LHDN mutakhir ini.


Bekas perdana menteri Najib Razak membuat laporan polis terhadap beberapa pegawai LHDN, dengan mengemukakan keterangan mengenai beberapa individu yang didakwa menyalahgunakan kuasa dan memalsukan dokumen dalam kes cukai.

Picture
Bekas perdana menteri Najib Razak. Gambar: Bernama

Sabin, 56, dilantik sebagai CEO baharu LHDN bagi menggantikan Tan Sri Mohd Shukor Mahfar, 61, yang menamatkan perkhidmatannya pada 11 Disember 2016.

Picture
Sabin Samitah

Sebelum ini, anak kelahiran Ranau, Sabah itu adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN.

SOURCE: malaysianow

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.