Kerajaan teliti cadangan luluskan guna hemp, marijuana untuk perubatan

Picture
Wajar luluskan guna hemp, marijuana untuk perubatan - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan meneliti semula status mengenai cadangan untuk meluluskan industri ganja jenis hem dan marijuana untuk tujuan perubatan.




Menurutnya, melalui perbincangan tersebut, pandangan telah dikemukakan selain kementerian telah berhubung dengan beberapa pihak termasuk ahli akademik dan swasta untuk melihat potensi industri berkenaan.

Picture
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu juga pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pentadbiran kerajaan terdahulu.

"Memang benar kita bersama dalam pentadbiran yang lalu, perkara ini telah dibincangkan dan dibentang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.


"Namun, saya harus merujuk semula apakah status perkara ini kerana ia juga melibatkan beberapa pindaan akta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah dibentangkan dalam mesyuarat yang lalu," katanya. Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Picture
KUALA LUMPUR 28 SEPTEMBER 2018. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercakap pada majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Kontinjen Negara Ke Temasya Sukan Para Asia Indonesia 2018, di Pusat Sukan Paralimpik Malaysia. NSTP/MAHZIR MAT ISA

Syed Saddiq mencelah bertanyakan adakah MITI akan memperhalusi cadangan untuk meluluskan kegunaan ganja jenis hem dan marijuana perubatan untuk dieksport ke luar negara.


Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, penelitian secara kolektif perlu dilaksanakan sebelum membuat keputusan berhubung perkara tersebut.


"Kita harus melihat dari perspektif yang lebih besar tentang keperluan industri ini diperkembangkan dan ia mesti mengikut lunas-lunas peruntukan undang-undang yang sedia ada," katanya.

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.