Hotel Popular Di Langkawi Diarah Tutup Sementara Selepas Lebih 50 Staf Positif Covid-19

Picture
Sebanyak 249 individu yang melibatkan kakitangan hotel dan keluarga mereka menjalani pemeriksaan, di mana 59 daripadanya didapati positif.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Sebuah hotel terkemuka di Langkawi telah diarah tutup buat sementara waktu setelah lebih 50 orang pekerja disahkan positive Covid-19.


Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo menyatakan bahawa klaster tersebut dikategorikan sebagai Dah Teluk Nibung yang melibatkan pekerja hotel tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa klaster tersebut dijangkiti daripada penduduk setempat yang kemudiannya merebak ke hotel.


“Sebanyak 249 individu yang melibatkan pekerja hotel dan ahli keluarga mereka telah menjalani ujian saringan, 59 individu daripada mereka telah disahkan positif manakala 192 individu lain disahkan negatif.

Tiga individu daripada mereka pula masih menunggu keputusan ujian,” Dr Othman Warijo.


Tambah beliau lagi, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah mengenalpasti semua kontak rapat kluster tersebut sebagai usaha untuk membendung kluster lain daripada berlaku.

Kesemua kontak rapat bagi klaster tersebut telah ditempatkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

SOURCE: The Star

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.