Wanita terkorban kapal karam, sanggup minum urin untuk selamatkan 2 anak dengan susu ibu |
SEORANG ibu di Venezuela meninggal dunia secara tragis setelah kapal dinaiki karam di laut namun sempat menyelamatkan dua anaknya dengan cara menyusukan.
Mariely Chacón, 40, sedang berlayar kapal di Lautan Atlantik bersama dua anak kecilnya, Jose David dan Maria Beatriz Camblor Chacon. Bagaimanapun kapal yang dinaiki mereka dibadai ombak dan hancur akibat gelombang.
Wanita terkorban kapal karam, sanggup minum urin untuk selamatkan dua anak dengan susu ibu Menurut Newsweek, Chacón berlayar dari Higuerote ke Pulau Tortuga, Miranda di Venezuela, bersama suami, Remis Clambor, pengasuh, Verónica Martinez, rakan-rakan dan kru.
Setelah insiden kapal karam, Chacón dilaporkan hanyut sejauh 70 batu ke tengah laut bersama dua anaknya yang berusia enam dan dua tahun.
Melalui hari-hari mencabar di tengah laut tanpa makanan dan minuman, Chacón didakwa terpaksa berkorban meminum air kencingnya sendiri supaya dia boleh terus menghasilkan susu untuk menyusukan anak-anaknya.
Pengasuh anaknya, Martinez turut terselamat dalam insiden karam dan difahamkan bersembunyi di dalam sebuah tong kosong.
Mereka ditemui oleh pihak berkuasa empat hari kemudian. Ketika ditemui pihak berkuasa mengesahkan bahawa Chacón telah meninggal dunia.
Sumber bedah siasat yang dilaporkan akhbar La República, mengatakan organ penting Chacón gagal berfungsi kerana kekurangan elektrolit yang disebabkan oleh dehidrasi, berkemungkinan dicepatkan oleh penyusuannya.
La República menambah bahawa bapa Chacón, Humberto mengatakan bahawa pelayaran itu hanyalah trip keluarga untuk menghiburkan anak-anak.
Anak-anak Chacón serta pengasuh mereka, Martinez dibawa ke hospital untuk rawatan manakala lima lagi individu masih hilang.
Pihak berkuasa maritim Venezuela, Venezuela’s National Maritime Authority (INEA) mengesahkan kejadian tersebut.
“Ibu yang meninggal dunia itu memelihara anak-anaknya dengan menyusukan mereka dan meminum air kencingnya sendiri.
“Dia meninggal 3 atau 4 jam sebelum operasi menyelemat. Kematiannya disebabkan dehidrasi susulan tidak meminum air selama 3 hari,” kata pegawai INEA.
Demikianlah pengorbanan insan yang bergelar ibu, sanggup melakukan apa sahaja untuk anak hingga mengenepikan keselamatan dirinya sendiri.
Semoga kita sentiasa dikurniakan kesempatan menabur bakti buat ibu.
Sumber: LAD Bible
SOURCE: Sinar Plus
Kongsikan artikel ini: