[VIDEO]Pemuda Bawa Periuk Nasi Masuk Restoran Undang Dekah Warganet Raih 3.3 Juta Tontonan

Picture
Pemuda Bawa Periuk Nasi Masuk KFC Undang Dekah Warganet Raih 3.3 Juta Tontonan

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


RATA-RATA penduduk dunia ini memang sudah terbiasa dengan restoran makanan segera ataupun fast food. Ini termasuklah dengan rakyat Malaysia kita. Yang penting, setiap restoran makanan segera ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Masing-masing juga mempunyai menu 'killer' berbeza.


Seperti baru-baru ini tular di aplikasi TikTok sebuah video yang memaparkan sekumpulan pemuda sedang menjamu selera di restoran makanan segera.


Menerusi video yang dikongsi pengguna dikenali @paisss, apa yang mencuri perhatian ramai apabila salah seorang daripada pemuda tersebut dilihat dengan selambanya mengeluarkan periuk nasi dari begnya.


Tambah menghiburkan, kelihatan mereka sangat gembira dapat menikmati menu restoran itu bersama nasi yang dibawanya. Habis pula tu satu periuk!


Perkara tersebut telah mengundang dekah warga maya yang rata-rata terhibur melihat aksi mereka.

Ujar mereka;

"Mesti mak dia cari manalah periuk nasi aku ni... padahal anak kebas bawa pergi jamuan."


"Lain kali bawa sambal belacan sekali."


"Yang tukang cedok tu dah gelabah dah haha..."


"Tak... sekarang ni kenapa tekstur nasi dia tu nampak mantap gila?"


"Haha korang memang memecahkan tradisi betul. Asalkan korang bahagia guys."rus


"Member paling funtion, bawa periuk terus."


@tengkuhahaha

HAHAHAHA meriahnya

♬ Yamet Kudasi - @dewiismah


SOURCE: Sinar Harian Plus

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.