Durian Runtuh, Lelaki Ini Dapat Jual Yamaha RX-Z ‘Biru Bohjan’ RM60k!

Picture
Itu la korang tak kenal barey. Tau nak kecam dan sindir je. Tuan motor baik punya asyukkkk.... 👍🏼🤑

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


SIAPA sangka panas bertahap ikonik di Malaysia ini, Yamaha RX-Z dapat dijual setinggi RM60,000 dalam masa kurang 24 jam selepas diiklankan.


Berdasarkan status, penjual tersebut, Joe Shaari mendedahkan pembeli strretbike 2-lejang itu berasal dari Kedah. Dia turut berkongsi foto bukti transaksi pembayaran.


Alhamdulillah syukur syukur syukur.. rezeki Allah ini luas.. jangan kita kecilkan ia. RXZ biru bohjan terjual dengan RM60k. Pemberani dari Kedah. Demo kenal bare boh.

"Senang handle tak cerewet. Terima kasih kepada semua yang share dan juga pada semua yang komen.. yang kecam tu kita rilek2 je kerana mereka lah yang tolong kita untuk femeskan posting kita.


"Senang cari buyer. Takde la sendu je tiada yang komen. Yang kaki kecam tu macam biasa la bila kita post jualan mereka kata siapa yang nak beli harga tu."


Menurut Joe, dia memuat naik iklan jualan pada malam 20 September lalu dengan senarai harga, RM62,000 untuk RX-Z tersebut, dan RM65,000 untuk topi keledar Bell jingga. Jika membeli kedua-dua barang langka itu, harga ditawarkan ialah RM122,000.

Beliau turut menjelaskan model RX-Z itu adalah berstatus 'orimoto', iaitu 90 peratus menggunakan komponen kategori NOS (New Old Stock), dan turut dicat semula.



SOURCE: Pandu Laju

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.