Syabu RM10 Juta dirampas di Tawau

RAMPASAN: Ketua Polis Sabah Idris Abdullah (dua kiri) dan anak buahnya menunjukkan Syabu seberat 303kg yang dirampas di Tawau.

TAWAU: Polis merampas 303 kilogram syabu dianggarkan bernilai hampir RM11 juta di kawasan Membalua, Batu 10, di sini, Isnin lalu yang disifatkan terbesar dalam sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Sabah.


Rampasan tersebut hasil operasi bersama sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau kira-kira jam 7.30 malam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, rampasan itu kejayaan terbesar PDRM Sabah melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di daerah ini.

15kg dadah jenis syabu bernilai RM10.91 juta ketika cuba loloskan diri di kawasan Kampung Batu Payung dekat sini, Isnin lepas. – FOTO BERNAMA
“Dalam operasi itu, polis mendapati terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di lokasi tersebut.

“Pasukan polis cuba membuat pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut namun, suspek bertindak memecut laju cuba melarikan diri sebelum berjaya ditahan di kawasan Batu Payung,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sini hari ini.


Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah Asisten Komisioner Lam Thiam Huat dan Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas.

Menurutnya, pasukan polis berjaya menahan pemandu terbabit seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun disyaki pengedar dadah.

Polis merampas dadah jenis syabu lebih 300 kilogram dianggarkan bernilai lebih RM10 juta di Kampung Batu Payung, Isnin lalu.
“Hasil pemeriksaan, polis menjumpai sebanyak 12 beg bagasi di bahagian penumpang dan belakang kenderaan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kesemua beg berkenaan telah menemui 290 bungkusan plastik teh cina berisi dadah jenis syabu dianggarkan seberat 303.155 kilogram,” katanya.


Idris berkata siasatan mendapati dadah yang dirampas itu disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran dan jumlah dadah tersebut mampu menampung seramai 1.5 juta penagih sekali penggunaan.


“Saringan air kencing suspek didapati negatif dari sebarang jenis dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari dari tarikh ditangkap sehingga 15 September depan.

“Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952, suspek boleh dihukum mati mandatori,” katanya.

Sementara itu, Idris menjelaskan pihaknya masih menyiasat secara terperinci sindiket penyeludupan dadah di negeri ini khususnya di Tawau.

“Siasatan awal mendapati dadah berkenaan dibawa masuk ke Tawau dari negara luar menggunakan laluan laut.

“Justeru, polis tidak menolak kemungkinan sindiket ini turut menggunakan pelabuhan yang ada di negeri Sabah,”katanya.


Beliau berkata, polis juga mengambil tindakan menyita pelbagai aset suspek dianggarkan bernilai RM152,284.57.

“Aset yang dirampas membabitkan wang tunai RM5,000 semasa tangkapan, wang tunai RM22,000 di dalam rumah suspek, sebuah kenderaan bernilai RM30,000 dan wang dalam akaun RM95,284.57,” katanya. - Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa Like facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.